Pages

6 Feb 2012

Lebih Menghargai Pabila Berjauhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah 4 hari ini insyaAllah dapat spend time dengan ibunda dan ayahandaku. Nikmatnya dapat melihat wajah mereka. Syukur ke hadrat Ilahi yang memberiku kesempatan untuk hidup bersama mereka lagi. Stress yang dilalui seakan senangku tempuh dengan adanya mereka di sisi walaupun aku tak meluahkannya. Turun 3kg kerana stress. No wonder aku terbaca orang jadi kurus sebab stress.


Kudratnya Telah Senja

Di suatu pagi, aku duduk makan menghadap bilik ibu. Nasi goreng jadi santapan dengan air teh o. Di kala itu ibu sedang menyapu biliknya. Menyapu menghala ke muka pintu.

"Sakit pinggang ni, hari itu ibu terbaring tak larat nak bangun sebab sakit pinggang" ..luah ibu

Aku hanya melihat dan tersenyum kerana aku tidak tahu meluahkan rasa simpatiku.

"Kasihan ibuku" ..detik hatiku


Berkasih-sayang Dengan Ayahanda Tercinta

Pada hari Ahad yang lalu, aku dan keluarga juga saudara pergi ke Tanjung Malim untuk menghadiri perkahwinan saudara ibu. Di kala aku dan keluarga mengambil makanan, ayah ambilkan aku nasi tanpaku minta. Ayah juga meletakkan lauk pada pingganku.

"Syira nak ni tak?" ...ayah bertanya

"Nak!" 

Lantas ayah mengambilkan aku lauk itu dan meletakkan pada pingganku. Aku rasa dengan cara itu, ia merapatkan hubungan aku dan ayah. 

Aku dapat merasai semua ini dan lebih menghargainya daripada aku  sentiasa tinggal bersama mereka ketika menunggu tawaran matrikulasi dahulu. Lebih menghargai masa apabila bersama mereka. Tiap kali ku amati wajah mereka, aku lebih menghargai waktu itu, waktu aku mengamati wajah mereka berdua, sangat menyenangkan hati ini. 

"Lebih menghargai di kala berjauhan"

Doakan agar dipermudah segalanya dengan pelancaran Minggu Penghayatan Islam MSU 2012 terutamanya daripada aspek tajaan. Rasa tak terpikul dengan amanah kepimpinan ini namun kak Amie Sofia (Juara Solehah) berpesan,

"setelah kesulitan pasti ada kemudahan"

Permudahkanlah ya Allah, sesungguhnya aku tidak kuat untuk melaksanakannya tanpa pertolongan-Mu

---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites