Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Tatkala hati dirisik,
"Insyirah dah ada ke?"
"Ibu ada ramai anak lelaki yang sedang dicarikan jodoh" ...dialog seseorang yang aku biasakan diri memanggilnya dengan gelaran 'ibu'
Pasti dia yang terbayang dan terdetik degupan tatkala mengenangkannya. Calon-calon ibu bukan kepalang, hebat-hebat semuanya. Subhanallah. Sedikit sebanyak menepati ciri-ciri yang aku idamkan iaitu seorang lelaki yang sefikrah dalam masa yang sama terasa tidak layak untuk seorang lelaki seperti mereka. Kalau ustazah pilihan itu insyaAllah setaraf mereka =D
Aku bermonolog,
"Adakah dia juga sepertiku?"
Menunduk kepala dan menghembuskan nafas. Terkenang kata-kata hikmah,
bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam …kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya …kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang...kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu …ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan …tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah…
moga aku dan dia juga seperti itu..cukup mengaguminya dalam dia sebagai tanda setia padanya..teringat kisah Asiah Yusro dan Umar Mukminin dalam Hatiku Milikmu Oleh Fatimah Syarha. Betapa mereka saling menyukai tetapi hanya dalam diam dan akhirnya ditemukan dalam ijab kabul akhi Umar. Subhanallah
buat masa ini, biarlah aku sibuk menamatkan pembelajaran di kampus di samping mencari duit untuk menampung diri dan keluarga. Sasaranku ketika berumur 23-24 tahun. Lagi 2-3 tahun lagi. InsyaAllah andai masih berpeluang hidup di dunia-Nya dan belum hari Kiamat kerana kadang-kadang aku terlalu takut untuk memandang jauh kerana hari Kiamat walau apapun, aku tidak boleh berfikiran cetek dengan mengehadkan diri daripada merancang masa depan. Aku merancang, dia merancang, Allah juga merancang dan Dialah sebaik-baik perancang.
---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011
0 comments:
Post a Comment