Pages

29 Feb 2012

Jadilah Pemikir Positif

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah menyihatkan tubuh badan aku setelah beberapa hari yang agak kusam dari segi kesihatank. Syukur alhamdulillah. Aku rasa lebih positif, lebih sihat dan bertenaga di kala ini. Pada hari ini aku ingin mengulas tentang NEGATIVE THINKER. 

Aku tengok perkataan 'negative' tu pun aku dah rasa emosi aku down. Isu yang terhangat sekarang adalah mencari duit untuk menjadi kaya atau menjadi orang kaya. DAHULU, aku juga seperti mereka, asal fikir duit, jadi kaya, mesti aku cakap,


"kaya yang sebenar adalah kaya hati, cinta tak perlu berdasarkan harta benda, duit bukan boleh bawa mati pun"

Semua kata-kata itu memang betul tetapi adakah kita ni kaya hati?? Adakah benar cinta tak perlu berdasarkan harta benda?? Aku, semua orang adalah manusia biasa. Kita bukan maksum, takde dosa. Andai rasa diri kaya hati alhamdulillah. Berkaitan cinta, tanpa duit, boleh ke kahwin?? Sara anak? Bak kata ibu aku,

"nak bagi anak aku makan pasir?!"

Ibu bapa mana yang rela serahkan anak mereka pada pemuda yang tiada masa depan, yang tiada rasa tanggungjawab untuk mencari nafkah bagi anak mereka juga cucu mereka MELAINKAN ibu bapa mereka kaya yang membolehkan mereka support anak mereka di samping menunggu menantu lelaki mereka berstatus mampu untuk menyara keluarga sendiri.

Bila fikir negatif, emosi pun jadi negatif
Kini, aku bergelar mahasiswi IPTS. As you know IPTS spends a lot of money. Aku dapat loan PTPTN. Sering kali aku mengeluh,

"tensionnnya, kalau aku kaya, mesti aku tak stress sebab kurang duit"

Mana taknya, sewa dah RM250, bil air api tak masuk lagi. Income keluarga per month berapa ribu je. Tak cukup bagi aku di kala itu. Aku sering mohon izin daripada ibu untuk bekerja tetapi ibu tak bagi. Aku turuti kata ibu.

Bila aku fikir aku takde duit, aku mesti mengeluh,

"geramnya, tensionnya"

Secara tak langsung, emosi badan aku pun jadi negatif, aku rasa stress pastu cakaplah,

"kaya sebenar adalah kaya hati"

Walaupun begitu, hati aku tetap memberontak,

"aku nak jadi kaya, banyak duit. banyak benda aku boleh buat kalau kaya, pergi haji yang paling penting plus bayar hutang PTPTN, nak pergi haji pun dalam keamanan sebab hutang dah selesai"

Jadi kat sini, boleh sahkan bahawa fikir negatif, emosi negatif, jiwa pun tertekan.

Anda adalah apa yang anda fikirkan
Bila baca tajuk di atas, mesti mengarut. Mana boleh! Mesti ada usaha dan blablablabla tetapi bila aku fikir, betul juga as aku cite kat atas,

"bila aku fikir negatif, emosi pun down, jiwa pun tertekan"

A.k.a fikiran yang negatif telah membawa caj-caj negatif ke seluruh badan kita. 

Aku memulakan kehidupan positif aku sejak aku mengenali Hukum Tarikan. Baru aku faham dan aku rasa hukum inilah yang menjadi perkara utama kepada Kursus Azizan Osman, Millionairemindpower iaitu faktor utama adalah FIKIRAN yang POSITIF.

Kita ni hati tak 100% suci daripada caj-caj negatif, fikiran pula negatif bagaimana nak bicara positif? Makin fikir negatif maka negatiflah hidup kita and vice versa. Kalau nak tahu lebih mengenai kesahihan,

"Fikiran positif dapat mengubah hidup"

Korang belilah ebook Hukum Tarikan baca, apply dan kongsi pengalaman di sini.

Kejayaan setelah apply Hukum Tarikan (Fikir Positif)
Ini testimonial yang sahih dan terbukti setelah aku apply hukum tarikan, berfikir positif.

Aku mulakan bisnes ebay kira-kira seminggu yang lalu, bila jumpa ebook tu, aku terus baca, apply dan inilah hasilnya



Daripada 0 bids>3>5>9 bids. Apa yang aku buat, di awal auction, aku imaginasi, aku dapat 10 bidders = harga makin tinggi dan alhamdulillah at least dapat 9 bidders =D

Memula takde warna hijau (payment received), ingatkan orang tu takmo bayar, pastu aku nyahkan fikiran negatif, aku terus berimaginasi orang tu bayar, alhamdulillah sorang dah bayar =D

So? masih tak percaya lagi tentang "anda adalah apa yang anda fikirkan??" Nak tahu lebih, beli dan baca ebook Hukum Tarikan. Pastu rasakan sendiri impak pada hidup anda

By the way, selain daripada hasil ebay di atas, sewa rumah aku pun sekarang dah turun sebab aku dok bayangkan dapat kurangkan duit untuk bayar sewa. Alhamdulillah =D Korang nak caya or tak, its up to you. Papepun aku nak mulakan hidup menjadi POSITIVE THINKER


---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites