Pages

22 Feb 2012

Langit Yang Indah. Alhamdulillah =)

Alhamdulillah hadiah hari lahir tahun ini. Kerongsang huruf I, InsyaAllah BFF aku nak bagi hadiah lagi yeappy=D
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah semakin hampir =D Tiada banyak cerita hanya bebelan semata-mata. Oh my Allah. Minggu ni memang pelbagai macam jenis rupa kesulitan tetapi yang penting mendekatkan aku pada-Nya. Dengan projek, stress yang berpanjangan. So A Lot! Tetapi alhamdulillah setiap selingan Allah berikan aku kegembiraan =)

Dapat reply daripada kak Heliza Helmi, like + komen daripada kak Amie + yang paling best dapat jumpa kakak yang aku rindu, kak Ummu!!! Best sangat dapat jumpa dia sabtu yang lalu. Semata-mata untuk jumpa aku. Suka suka suka!

Alhamdulillah walau stress tetapi aku cuba kuatkan untuk siapkan projek yang major hantar pada minggu ini last hari Jumaat. Memang pening kepala aku. Badan pun exhausted tetapi boleh plak lagi tulis blog. Masalah remaja betul =) Entahlah, kadang-kadang blogging buat aku release tension dengan bercerita walau tak de sape minat nak dengar. 

Berjalan pulang bersama seekor anjing
Sebelum seterusnya, aku nak cerita sedikit. Hari isnin yang lalu time balik, ada seekor anjing yang balik ke rumah sewa aku. Mula-mula aku tengok dia mencari-cari amende tah tetapi laluan dia sama dengan aku. Takut gak sebenarnya, takut-takut dia tetibe mengamuk gigit aku. Alhamdulillah takde.

Aku perhati je dia sambil aku jalan pulang. 

"Anjing ni macam ikut laluan pulang aku je"

Aku dah agak gerun sebab dia jalan depan aku. Aku wat macho jelah. Ada perempuan yang tak perasan anjing tu jalan kat sebelah dia, terkejut dia bila nampak anjing tu pastu pandang aku, aku wat dek je. Control macho padahal hati dah gerun tengok anjing tu. Aku jalan selaju yang boleh untuk larikan diri daripada jalan sebelah anjing tu tetapi malangnya bila aku terpandang kat cermin kereta dia ada kat belakang aku. Pehh! Gerun kot. Pastu tak lama pastu aku tengok dia dah pergi jauh daripada laluan pulang aku. Fuhh lega. Tergelak aku bila teringat aku punyalah control gerun bila dia ada kat sebelah aku.

Pastu hari ini aku nampak dia time aku nak pergi kelas. Terjumpa dia kat selekoh. Aku terkejut sebab tetibe dia ada kat depan, aku pandang dia, dia pandang aku dan kami saling berselisih (mcm cerita cinta pula =.=") Aku rasa comel anjing tu. Dia anjing yang baik. Entah apa dia cari. Rasa macam nak kawan baik je dengan anjing tu. Ada suatu hari aku berjalan pulang berseorangan, hanya ayat Kursi buat pelindung diri, teringat kat anjing tu. 

"Aku lebih rela anjing tu teman aku balik daripada aku berseorangan"

Walaupun dia anjing =D tetapi dia tak de time tu jadi aku pecut jela sebelum warga2 yg kurang disenangi berjalan dengan aku since bawah jambatan tu agak gelap dan menakutkan.

Bertemu langit yang cerah
Hari ini 1st time aku jadi film director. Aku kena wat filem pendek promote bisnes since aku ada pertandingan bizvid anjuran UCSI. Shooting lebih kurang 4 jam untuk 2 minit cerita. Padanlah filem 1 jam tu bape bulan baru siap nak nak yang ada efek sume. Tetapi aku rasa cambest pelak tp as usual,

"1st time always the worst"

Andai diberi peluang dan ruang, aku nak buat filem pendek sendiri bertajuk, "Sengaja Ku Diam" as yang aku tulis dalam blog ini yang merupakan cerita cinta impianku. Ada seorang kawan aku suka cakap aku + sorg mamat tu Yusry KRU + Lisa Surihani. Kesian Lisa, dah la kak Lisa tu cantik, apelah sangat nak dibandingkan dengan aku. Tak lama lagi dorang kahwin 25.2.2012 nih. Yusry + Lisa celup nih bila lah agaknya kan =) insyaAllah 25.2.2014. *juz joking.

Ok sambung. Time balik selepas selesai shooting aku jumpa langit yang indah. Aku tengok banyak kali gambar pertama ni macam satu perasaan yang subhanallah, sangat indah. Rasa macam sinaran langit tu bergemerlapan. Bergerak-gerak. Happy watching =D Jemput Like Ad Deen Foto






---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites