I.B.U.
Ada tiga huruf tetapi tersiratnya tanggungjawab yang besar menjadi seorang ibu.
Bacalah artikel ini sambil memainkan video ini.
Sebelum lahir, dialah yang mengandungkan anaknya selama 9 bulan. Segalanya dilakukan bersama bagai isi dan kuku. Ketika anaknya 'lasak' setelah beberapa bulan, ibu menahan sakit kerana tendangan anaknya. Walaupun sakit, namun begitu ibu gembira kerana ada tindak balas dari anaknya di dalam kandungan.
Setelah lahir, ibu jaga anaknya. Tiada resah dan tidak kisah jika penat menjaga anaknya. Bila anaknya nangis, ibu dodoikan dia. Ibu bangun lewat malam untuk tenangkan anaknya agar tak menangis lagi walau tidurnya terganggu. Ibu basuh air kencing, muntah dan tahi anaknya. Dia langsung tidak merasa geli kerana dia tahu dan sedar itu darah daging dia. Kadang-kala anaknya muntah merata sebab makanan yang tidak mudah dihadam ketika kecil, ibulah yang membasuh kotoran itu.
Sedang ibu penat menjaga anaknya, setelah pulang daripada kerja, perlu siapkan pula makanan dan minuman ayah untuk makan malam. Anaknya merengek mahu susu, dalam kekabutan ibu layan
anaknya sambil siapkan makanan dan minuman untuk ayah.
Ada pula kain yang perlu dibasuh. Ibulah yang basuh, ibulah yang spin, ibulah yang jemur dan ibu juga yang lipat. Walau ibu penat, ibu perlu buat kerana anaknya masih belum mampu untuk membuat semua itu.
Apabila masuk sekolah rendah,
anaknya mula berdikari. Pergi sekolah ibu bawakan bekal. Semangat ibu siapkan barang persekolahan juga pakaian untuk anaknya ke sekolah. Wang yang selama ini dicari dibelanjakan buat anak itu.
Anak dia dapat masuk asrama, ibu gembira namun dalam masa yang sama, ibu risau. Risau kalau-kalau anaknya tidak tahu cara berdikari. Anaknya mengadu, tak dapat teruskan, dia tidak tahan masuk sekolah asrama penuh kerana jadual yang padat. Ibu gusar memikirkan anaknya. Kerap anaknya telefon ingin keluar asrama dan oleh sebab ibu tak mampu menahan, ibu menangis merayu pada anaknya agar teruskan persekolahan di sana. Anaknya tersentap mendengar tangisan ibunya lantas tekad meneruskan perjuangan di sekolah itu sehingga tamat pembelajaran.
Anaknya meneruskan pembelajaran ke kolej matrikulasi jauh di pendalaman. Lebih jarang anaknya pulang ke rumah kerana mengambil masa 4 jam tiap kali perjalanan sehala. Apabila anaknya menyatakan kerinduan, ibu datang melawat. 8 jam perjalanan, ibu menemani ayah di samping membawa bekal makanan berjumpa anaknya. Sanggup menghabiskan masa selama 8 jam hanya kerana ingin melawat, melepaskan rindu anaknya terhadapnya. Walau ibu kelihatan penat tetapi kudratnya tidak penat demi anaknya.
Setelah anaknya meneruskan pembelajaran ke Institut Pengajian Tinggi, segalanya masih ditanggung ibu. Di kala permulaan memohon pinjaman pendidikan, anaknya meluahkan rasa resah bagaimana untuk membayar hutang. Ibu menenangkan anaknya agar tidak risau kerana masih ada simpanan untuk anaknya itu. Ibu turut resah kerana pinjaman pendidikan lambat diluluskan, risau tentang yuran anaknya. Tidak tahu manakan diharap untuk menyelesaikan masalah kewangan ketika itu. Alhamdulillah, akhirnya pinjaman pendidikan diluluskan. Ibu turut gembira di samping anaknya.
Anaknya sering pulang 2 kali seminggu. Jelas pada wajah ibu gembira dengan kepulangan anaknya itu. Kudrat yang senja itu didakap anaknya. Meluahkan rasa rindu pada ibunya. Ibu turut memberi balas yang serupa. Senang hatinya melihat anak yang dikandungkan 9 bulan telah dewasa.
Walau sudah dewasa, ibu masih akan bekalkan makanan ketika anaknya ingin pulang ke kampus, meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Masa terluang di hari minggu, ibu turut menghantar anaknya pulang. Ingin melihat anaknya kembali dengan selamat. Walau ibu penat, masih ibu mahu menghantar anaknya.
Itulah IBUKU...berupayakah aku menjadi seorang ibu seperti IBU? Aku tidak akan mampu menjadi wanita sehebat IBUKU..walau kudratnya telah senja..semangat keibuannya masih sama.
“Ya Allah, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil. Semoga aku dapat menjadi aset anak soleh yang membawa mereka mendapat rahmat-Mu ke syurga-Mu”
Aamiin~
---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011
0 comments:
Post a Comment