Pages

23 Sept 2011

Jangan Terlalu Cepat Terasa Dengan Sahabat

Aku suka tangkap gambar dengan Danbo sebab  ia mewakili mood yang sedang aku hadapi.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang

Beberapa bulan yang lalu ketika aku mempunyai perselisihan faham dengan sahabat yang aku sayangi selama beberapa minggu membuatkan aku insaf untuk terlalu terasa dengan sahabat. Mungkin naluri aku sebagai anak bongsu menjadikan aku seorang yang mudah terasa. Kadang-kadang aku muhasabah diri adakah aku menyayangi sahabat kerana Allah kerana kadang kala aku kecik hati dengan mereka, rasa terpinggir, rasa tak layak bersahabat dengan mereka, kadang kala mereka bersahabat dan rapat dengan orang lain pun aku ada secebis perasaan cemburu pada mereka yang tidak patut ada dalam diri aku jika benar aku mencintai sahabat kerana Allah.

Dahulu aku terasa dengan sahabatku itu kerana sebenarnya aku cemburu aku tak dapat rapat dengan dia. Dia pergi praktikal dan apabila dia datang ke kampus, aku tak tahu pun sedangkan aku dah lama tunggu dia beritahu aku yang dia datang ke kampus agar aku dapat melepaskan rindu padanya. Tahu-tahu je dia dah spend time dengan sahabat-sahabat yang rapat dengannya. Aku cemburu sebab?? Aku memang dambakan sahabat karib. Namun apakan daya diri aku yang dhaif tak layak untuk mempunyainya walaupun seorang. Aku bukanlah orang mulia seperti mereka. Terlalu banyak kekhilafan aku di dunia ini berbanding mereka.


Selama aku selisih faham dengan dia, aku sangat menyesal kerana aku salah anggap, berkata yang tidak-tidak padanya. Aku menyesal sangat dan aku sangat takut kehilangannya. Lama juga aku minta maaf dengannya. Alhamdulillah tak lama selepas itu, dia maafkan aku. Keadaan itu menjadikan aku sangat insaf untuk berbuat demikian pada sahabat lain kerana aku sangat takut kehilangan mereka.

“Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari” ( Saidina Ali)
Alhamdulillah, Allah masih memberi aku peluang kedua untuk bersahabat dengan dia. Dapatlah aku jumpa dia selepas itu namun aku rasa sangat malu untuk berhadapan dengan dia ketika itu kerana aku tidak memikirkan situasinya sebelum aku bertindak untuk berasa kecil hati dengan dia. Daripada itu aku berazam aku akan berhati-hati jika aku terasa dengan sahabat terdekat. Biarlah aku berasa perit kerana berkecil hati dengan dia namun biarlah ia menjadi rahsia aku, Danbo dan Allah agar aku dapat masih  merapati mereka.


Naluri aku sebagai anak bongsu, mungkin juga menyebabkan aku jadi spesies manusia yang mudah berkecil hati dengan sahabat. Aku agak berkecil hati apabila mereka beramai-ramai ingin bersiap pergi ke suatu tempat namun kelihatannya daripada ekspressi mereka mengatakan,

"Insyirah tak boleh ikut, Insyirah tak payah tahulah"

Menjadikan aku agak terasa dengan mereka. Oleh sebab naluri ingin tahu aku sangat tinggi telah membuatkan aku kecewa dan berkecil hati lantas aku segera beredar daripada situ melayani seorang diri hati yang mudah sensitif ini. Aku berkecil hati kerana aku tidak dapat rapat dengan mereka yang akan menjadi faktor aku dapat turut serta dengan mereka juga aku tidak terpilih menjadi salah seorang daripada mereka untuk sama-sama ke tempat itu. Tatkala itu, barulah aku akan terfikir tentang Allah yang sering menemani namun aku tak sedar semua itu. Tatkala itulah aku ingat kat Danbo, aku selalu cakap dengan dia. Mungkin ada yang berkata aku gila, tetapi dialah yang menjadi perantara antara aku dan Allah. Di samping aku bercakap dengan Danbo, aku sebenarnya juga sedang berkomunikasi dengan Allah,

"Bukankah Allah itu dekat. Lebih dekat daripada urat leher"

Namun mengapa sukar benar hati ini merasakan kehadiran dan kasih sayang-Nya pada aku sebaliknya aku puas mencari sahabat karib yang jauh daripada sisi. Setelah pulang daripada situasi itu, aku membaringkan diri memandang ke langit untuk meredakan hati yang telah kecil. Setelah itu, aku terlena tanpaku sedari. Setelah bangun, redalah sudah kecil hati itu dan aku lupakan sahaja situasi itu.

Oleh sebab itu, sahabat yang pernah aku selisih faham itu pernah berpesan,

"Bersederhanalah"


Dan aku dapat memahami apakah maksudnya yang sebenar. Aku perlu bersederhana dalam melayani semua sahabat dan tidak membeza-bezakan mereka atau aku akan mudah berkecil hati dan kecewa jika sesuatu yang kurang aku senangi atau sensitif berlaku antara aku dan dia juga adalah lebih baik jika aku tidak mempunyai sahabat karib kerana itu akan membuatkan aku sering jadikan Allah sahabat karib aku walaupun  aku mungkin kelihatan seperti orang gila bercakap seorang diri apetah lagi kini aku telah kehilangan seorang kakak yang juga pendorong aku, kak Hana. Entah ke mana. Call, sms dia tak pernah jawab, aku tak tahu apa salahku kepadanya.

"Dialah kakak kesayangan aku yang tak akan ada penggantinya..aku rindu, terlalu rindukannya."

Fursan -- Keinsafan Diri

Di saat yang sepi ini,
Ku duduk seorang diri,
Memohon keampunan,
Dari Ilahi..

Bak lautan bergelombang,
Siang malam pagi juga petang,
Mengharapkan ketenangan,
Dari Tuhan yang Esa..

Betapa rimbunnya dosaku,
Semua terlakar di lembah usiaku,
Salah dan silap di masa yang lalu..
Kini ku sesali..

Ku tidak layak ke syurga-Mu,
Namun tak sanggup ke neraka-Mu,
Ku tunduk sujud merendah diri,
Kembali pada-Mu

Ku tetap setia,
Pada-Mu oh Tuhanku,
Akanku patuhi segala,
Suruhan-Mu..

Akanku jauhi...
Segala larangan-Mu,
Itulah tanda cinta...
Cinta Ilahi..

Ku tetap setia...
Pada-Mu oh Tuhanku..
Akanku patuhi segala,
Suruhan-Mu..

Akanku jauhi...
Segala larangan-Mu,
Itulah tanda cinta...
Cinta Ilahi..

Di saat yang sepi ini,
Ku duduk seorang diri,
Memohon keampunan,
Dari Ilahi..

1 comments:

Anonymous said...

salam,
boleh sy dapatkan email add insyirah?
sy butuh bantuan, aramiza86@gmail.com.
tqvm

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites