Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ayah? Alhamdulillah, aku masih punya ayah dan ibu. Gelagat ayah hari ini buat aku nak cerita serba sedikit tentang ayah aku. "Im Proud With My Papa."
Ayah bagi aku dia seorang pendiam tetapi aku tahu ayah pasti sayang anak-anak dia. Ayah jarang nak cakap, "ayah sayang kamu" tetapi daripada reaksi dia, aku boleh rasa.
Aku ingat lagi time program motivasi kat sekolah menengah. Time tulah aku nampak titisan air mata ayah aku buat pertama kalinya. Luahan perasaan seorang ayah terhadap anaknya. Luahan kasih sayang. Aku cium tangan dia lama-lama sambil nangis-nangis. Bermula daripada itulah aku kerap cium pipi ayah dan mengucapkan terima kasih sebab jemput aku kat asrama dan kampus (kini)
Hari itu aku balik ke rumah untuk cuti semester, ayah ajak aku makan sama sehari sebelum aku nak balik. Salunya aku akan makan dulu, begitu juga dengan ayah. Ayah akan makan selepas dia selesai solat jumaat tetapi hari itu, aku terdetik tanya ayah sama ada nak makan sama atau tidak dan ayah cakap, dia nak makan sama dengan aku. Sweet kan ayah aku? Masa itu memang lapar tetapi demi ayah, aku tahan juga kelaparan itu sambil makan sedikit makanan ringan untuk alas perut.
Aku ambil lauk kat kedai makan itu sedikit je, pastu ayah akan tanya,
"Syira ambil sikit je? Tak makan sayur?"
Aku menggeleng
"Dah cukup rasanya"
Daripada situ aku tahu ayah mengambil berat pasal aku. Dia jarang untuk luahkan tetapi aku boleh rasa perhatian yang dia berikan.
Cuti semester nie aku rasa aku makin banyak, membina badan =.=" Selesai makan dua bekas bubur pisang, aku makan coklat ferrero rocher. Alang (kakak) aku datang,
"ya Allah, banyaknya makan"
"la, baru 3"
Aku dengar ayah aku gelak. Aku pun tersenyum. Rindu mendengar tawa ayah. Pastu aku nampak ayah senyum.
Banyak lagi tetapi cukuplah sekadar itu. Mungkin artikel ini syok sendiri tetapi hanya berkongsi. Ayah aku kadang kala segan aku cium pipi dia tetapi dia nampak comel walaupun begitu.
Sayangi dan hargailah ayah anda...wallahu alam
0 comments:
Post a Comment