Pages

29 Oct 2011

Tersirat Di Sebalik Walimah Sahabatku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah selamat sudah sahabatku di ijab kabulkan. Alhamdulillah majlis, segala-galanya lancar. Ada 1-3 teladan yang aku dapat hari ini.



Kasih sayang seorang atuk kepada cucunya
Daripada pagi tadi, aku sangat nervous macam aku pulak nak kahwin.Atoi!!Nasib baik aku tak terlepas komuter else aku sampai lambat di sana. Dup dap dup dap hati aku. Apabila melihat komuter sampai, aku memerhati sekeliling aku. Aku melihat seorang atuk dan seorang nenek menghantar anak juga cucunya masuk ke komuter siap atuk tu masuk sekali dalam komuter tu. Aku risau juga kot-kot komuter tu jalan, atuk tu tak sempat nak keluar. Betapa sayangnya dia dengan cucu dia.

Berkenalan melalui baitul muslim
Sebelum aku masuk MSU, berkenalan dengan sahabat-sahabat sefikrah, aku tak pernah kenal dan tahu tentang baitul muslim. Aku gembira dan tersenyum bila aku nampak sahabat aku berkahwin. First time sahabat terdekat berkahwin pada usia yang agak muda. Apa yang buat mereka sweet adalah mereka berkenalan melalui baitul muslim dan terus kahwin=bercinta selepas bernikah. Pasti sangat sweet. Mereka sangat padan dan comel bersama. Aku cemburu tengok dia berpegangan tangan dengan suaminya macam pasangan kekasih tetapi yang ini mengundang pahala :)


Bila tengok sahabat aku kahwin pada usia 22 tahun, aku terfikir tentang diri aku..upcoming 21 in 4 months from now:) tetapi bila fikir tentang kahwin memang best dan sweet. Namun, aku tidaklah terlalu fikirkannya sekarang. Pesan seorang isteri bisnes partner aku:


akak doakan adik mendapat suami yg terbaik..minta doa supaya dimudahkan urusan mencari pasangan yg baik utk kita, agama kita, dan hingga akhir hayat kita..jgn lupa doa sekali supaya dapat keluarga mentua dan ipar duai yg baik buat kita..mak akak ajar doa tuh..Alhamdulillah, Allah makbulkan..yg penting kena selalu doakan suami dan keluarga mentua sama seperti kita doakan ibu bapa kita..


cukup aku katakan aku hanya berharap si dia dan keluarganya cenderung kepada tarbiyah bagi pemantapan akidah dan pemahaman agama..insyaAllah dunia akhirat terjaga kerana aku tidak  seharusnya mencari yang terlalu sempurna kerana aku adalah wanita biasa. Bak kata kak naqibah aku,


"diri tak solehah mana untuk mengimpikan yang soleh" 


Papepun yang best hari ini:
Aku dapat berkenalan dengan 3 orang kaki dslr. Dua orang laki, seorang perempuan. Best! It is a good feeling to have someone yang sekepala dengan kita (suka tgkp gambar=fotografi). Ada juga sorang daripada mereka ajak g tangkap gambar outdoor bersama pengantin, boleh belajar further tentang fotografi in wedding tetapi aku tak dapat pergi. 

Hari ini aku mula rasa dihargai. Walaupun dalam sebuah persahabatan, pada mulanya agak dingin tetapi aku dapat rasa aku mula dihargai. Mula-mula agak frustated sebab ada rasa tak dihargai dan sebagainya tetapi ada hikmah di sebalik semua itu, ia mengajar aku erti keikhlasan tanpa mengharap apa-apa balasan walaupun hanya dengan ucapan 'terima kasih'. Alhamdulillah, terima kasih Allah, saya sangat gembira ^_^ Oleh sebab itu, 

Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.
Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.
Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.
Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.
Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.
Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.
Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.
Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.

Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.
Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita. 
Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil. 
Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. InsyaAllah Dia akan permudahkan.  

Tekadkan dalam diri membina keikhlasan walau perit menghadapi kekecewaan. Yang penting, bila kita hargai Allah, Allah pasti hargai kita. Andai anda berjaya menghadapi kekecewaan itu, pasti ikhlas itu menjadi manis untuk anda! 

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites