Pages

25 Nov 2011

Jangan Bersedih..Atas Perpisahan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Perpisahan...amat pedih apabila berlaku dengan orang yang kita sayang. Namun ada kata-kata hikmah menyatakan,

"Tidak perlu berasa terlalu sedih dengan setiap perpisahan. Perpisahan adalah pintu untuk pertemuan yang baru. Tanpa perpisahan bolehkah orang baru itu kita kenali, sayangi seterusnya menjadi sahabat kita hari ini? Perpisahan walaupun sakit untuk diterima, bergembiralah kerana ia akan mengajar kita erti ketabahan. Relakan perpisahan dengan redha dan bersyukur. Jika mampu senyum maka tersenyumlah."

Bukan senang untuk menerima perpisahan apatah lagi dengan seseorang yang kita sayang. Sahabat. Melihat ke luar tingkap pada pemandangan indah tetapi sunyi dan sepi pada hatiku membuatkan aku sebak. Tiba-tiba merasa sebak. Lantas, mengalirnya titisan-titisan air mata.

"Kumawo..(terima kasih)"...lambat bibir mengucapkannya..tergagap-gagap..

"Kumawo.....atas kenanganku bersamanya Allah"

Aku memandang ke arah rumahnya..sebak..yang teramat sangat. Terduduk aku di lantai. Tersandar di bantal. Bukan aku sengaja dan pinta tetapi diri mula berbicara,

"Kenapa Allah..."
"Kenapa Kau ambil kawan yang aku rapat dan sayang jauh daripada aku...dahulu ketika sekolah rendah, aku baru sahaja berkawan baik dengan seseorang tetapi kemudian Kau ambil dia. Dia pindah sekolah lain dan kami tidak rapat lagi.."
"Kawan kembar aku..Atikah..Hidayah..ketika aku suka berkawan baik dengan mereka..Kau ambil mereka pindah ke tempat lain.."
"Dua kali setelah Kau jauhkan mereka daripada aku.."

"Apa hikmahnya Allah..? Aku tak nampak.."...lantas fikiran aku teringat kata-kata naqibahku,

"Lambat laun, hikmah itu akan tersingkap juga.." aku mendiamkan diri

Hati bermonolog,

"Sekarang, dia yang Kau ambil, sem depan pula kak S. Lepas itu, siapa Allah? Siapa yang Kau nak ambil lagi??" 

Tidak akan ada orang lain yang dapat menggantikan mereka. Mereka bukan orang yang senang-senang untuk ditukar ganti. Melihat sekeliling di MSU..aku mula terkenang tempat-tempat dia pernah berada. Fikiran menerawang memainkan projector minda yang memancarkan bayangan dirinya di situ. Hatiku sebaik lagi. Selepas ini, pasti aku hidup dengan bayangannya.

Sepanjang masa aku bersamanya terakhir untuk minggu ini petang tadi, tak terluah isi hatiku. Hanya banyak mendiamkan diri dan itu sememangnya aku apabila bersamanya. Berjumpa dengannya sudah membuatkan aku senang hati. Itulah anugerah Ilahi yang Dia hadiahkan. Sememangnya Dia tahu walau tanpa aku pinta.

"Terima kasih ya Allah atas kenangan ini. Terima kasih kerana memakbul dan mempermudah doaku selama dia ada di MSU. Aku sangat gembira dan menghargainya"

Seterusnya..aku harus menghargai masa bersama kak S sepertimana aku menghargai dia semasa dia masih ada di MSU agar seperti hari ini, aku sudah mempunyai ratusan gambar dan video untuk aku kenang ketika dia pergi nanti. Hidupku harus diteruskan walau dia dah tiada di kampus. Hanya hidup dengan bayangannya kini. Semoga kerja dakwahku masih berterusan dan semangatku masih tinggi dan meningkat untuk meneruskan perjuangan-Nya walau tanpanya di sisi dan juga dalam wasilah dakwah kami di kampus.

Pasti merinduimu..bukan maksudku tidak mengingatimu walau aku tidak menghubungi..




0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites