Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Di kala hati sudah serasi
Namun Dia mula ambil dirinya pergi
Saat pertemuan
Hati riang gembira
Memaniskan ukhwah sesama saudara
Bertaa'ruf dan sakan bercerita
Saat perpisahan
Hati mula sayu dan sendu
Ukhwah menjadi kenangan
Bingkisan gambar jadi tatapan
Melepaskan kerinduan yang akan sering bertandang
Dari dulu, aku sering keseorangan. Sejak daripada sekolah rendah bermula darjah 3, kawan karib yang sangat aku senangi pasti Allah membawanya pergi daripada aku. Apabila sudah jumpa yang serasi, Dia mula lakukannya lagi. Membawa dia pergi jauh daripadaku. Lama-kelamaan, aku semakin serasi dengan keseorangan, walau ke mana jarang sekali aku berteman. Kadang-kala apabila bersama teman, aku menggembirakan hati namun setelah berjauhan, keseorangan kembali lagi.
Kini, seorang lagi sahabat yang aku sangat sayangi kan menyertai mereka yang telah jauh daripadaku. Dia bukan sahabat tetapi kakak pada aku yang banyak sekali aku coret tentangnya di sini.
"It's a good feeling to have kakak yang sefikrah."
Saling menasihati. Aku suka ditarbiyah walaupun kadang-kadang susah nak 'telan' tetapi demi kebaikan, dan kasih sayang, aku akan cuba melapangkan dada untuk menerimanya. Aigoo..~ Sebak hati apabila diri memikirkan bahawa dia akan pergi jauh. Namun segala kenangan dan nasihatnya akan ku sematkan dalam hati. Setelah cuti satu bulan, kesedihan akan perpisahan dengannya mula bertandang. Aku rindu kat dia, ingin sekali aku berbicara lama menerusi telefon dengannya, namun oleh sebab dia sibuk menguruskan urusan Latihan Industri nya..aku akur untuk menamatkan panggilan dengan segera.
Melodi nasyid 'Brothers - Untukmu Teman' ni kurang aku berkenan tetapi liriknya sangat bermakna dan nasyid 'Brothers - Selamat Berjuang' sangat membuat aku sayu dan sedih.
Brothers - Untukmu Teman
Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa
Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa
Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya
0 comments:
Post a Comment