Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan nikmat kepadaku untuk meneruskan penulisan sederhana di blog ini juga atas nikmat Internet dan nikmat-Nya yang lain yang tidak terhitung banyaknya.
"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Q.s. an-Nahl: 18)
Syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi kelulusan kepada aku menyertai Serasi Belia 2011 pada 26 - 27 November 2011 yang lalu di Kem Lambaian, Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor. Walau kemnya singkat serba ringkas namun bagi aku, ia permulaan yang baik untuk permulaan kitab amalan dalam tahun Islam oleh sebab 1 Awal Muharam pada ahad yang lalu.
Dah lama aku tak pergi kem. Rasanya last time sekolah menengah. Aku agak risau sebab takut tak cukup baju. :D tapi nasib baik 2 hari je. Koleksi t-shirt muslimah masih belum berada pada status yang memuaskan.
Yang best seperti biasa kenal ramai sahabat. Terutamanya akhwat. Selepas aku berpisah dengan sahabat inspirasiku di kampus, Allah hadiahkan pula aku seorang sahabat yang lain. Ramai gak aku kenal. BEST! Aku bertolak pada waktu pagi. Memula ice breaking>ceramah>outdoor sehingga 6 petang.
Semasa ice breaking, seperti biasa, kami taaruf antara akhwat (sahaja) dan bermain beberapa permainan. Kami diminta mengutip apa sahaja barang/benda di kawasan berdekatan dan bawa semula ke tempat berkumpul. Aku tertanya-tanya juga, untuk apa semua itu. Rupa-rupanya sebanyak mana benda yang kita ambil, sebanyak itulah kita harus perkenalkan diri. Aku ambil sedikit sahaja. Jadi sedikit itu sahajalah aku perkenalkan serba sedikit tentang diri aku.
Kemudian, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana indicatornya adalah nama haiwan. Kami diberikan segulung kertas yang ada nama haiwan, dan sesiapa yang dapat haiwan itu, jadi harus membunyikannya dan mencari ahlinya. Ada lembu, kucing dan kambing. Seterusnya, kami main permainan 'pisang goreng'..
"Pisang goreng, pisang goreng, pisau goreng sekarang..
Goreng apa, goreng apa, goreng apa sekarang.."
Dan kami perlu menyambung apa yang kumpulan lain berikan perkataan terakhirnya. Memang best. Bekerjasama, gelak-gelak, alert, fokus, critical thinking..itulah moral yang aku belajar di awal pagi. Bila petang ceramah, ngantuk sangat + agak penat.
Outdoor pula main futsal tetapi konsep macam main futsal seperti di atas, tak tahulah apa namanya. But overall best! Tergelak bila aku kenang balik. Ada yang sepak sampai jatuh atas bumbung. Tendangan yang kuat. Bila aku kena jaga goal=jadi goal keeper, aku da kabut seb baik terbaik :D lega kalau tak, kena belasah dengan geng aku.
Jungle trekking pada pagi keesokan harinya membuatkan aku sedar bahawa stamina aku berada tahap yang teruk. Baru naik berapa tangga 45 darjah aku rasa macam kaki aku nak tercabut. Nasib baik dorang berhenti sekejap2. Itupun nasib baik tempatnya dekat saja kalau tak, aku rasa dah lemau dah nak naik tangga tu. Terbayang orang naik tangga Batu Cave tu.
Di situ, kami diminta kutip apa sahaja benda untuk buat kapal dan layarkan di perhentian air terjun nanti. Kumpulan aku tak menang, macam-macam bentuk. Ada yang ok time develop bila layarkan, hancur..berpisah semua material.tergelak aku tengok.
Time tu aku amik kesempatan layan slow shutter speed tangkap gambar air terjun dan inilah hasilnya. Tak cukup smooth macam bro WarnaIman. Tetapi subhnallah, aku suka tengok gambar itu mungkin sebab itu aku tangkap dan bagi aku, not bad 1st try.
Apabila dah nak bersurai, aku amik peluang untuk amik contact. Itupun tak sempat ambil semua sebab ramai yang tengah sibuk berkemas. Jadi amik yang mana sempat je. Aku suka tengok seorang kakak tu. Mungkin sebab dia cantik atau X faktor yang membuatkan aku suka tengok muka dia. Aku mungkin bukan seseorang yang pilih kasih dalam bersahabat sebab aku kawan je dengan semua orang. Tetapi memang ada beberapa orang sahabat aku yang ada X faktor yang membuatkan aku nak mendekati mereka.
Dahulu ada seorang sahabat yang kenal di satu kem time matrikulasi. Aku terdorong untuk mendekati dia. Awal pagi, aku tengok dia dah bersiap pergi surau berdekatan untuk baca Al-Quran juga sembahyang sunat. Aku baca kat genQ, satu pepatah berbunyi begini,
"Apabila seseorang menyayangi seorang sahabat, kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan sahabatnya"
Jadi, oleh sebab aku nak mendekati dia, aku ngeko dia pergi surau. Aku duduk berhampiran dia. Apa dia buat, aku ikut. Aku suka berkawan tetapi kadang-kadang malu nak tegur tetapi kadang kala, sempoi aja.
Same goes seseorang yang kenal kat kem tu. Ketika waktu senggang aku tengok dia baca Mathurat. Jadi aku terdorong juga untuk melakukan hal yang sama yang mana ia memberi aku inspirasi dan motivasi agar aku mengisi masa aku dengan aktiviti yang bermanfaat. Aku tengok dia ajak kawan dia,
"Dah baca Mathurat?"
Pastu aku tengok kawan dia duduk sebelah dia dan baca bersama dia. Dia seorang yang berani. Maksud aku, kadang kala, walaupun kita ada sahabat yang sefikrah tetapi aku tak kuat untuk berbuat begitu walaupun aku tahu ketika itu kami sedang lalai. Sebenarnya ia sesuatu yang simple tetapi aku terlalu banyak berfikir jadi aku tak tegur pun.
Ikut hati aku duduk join mereka baca Mathurat tetapi X faktor, aku tak duduk dan baca sendiri. Selesai, aku hanya perhatikan dia sebab aku berniat nak dekati dia.
Apabila pulang, aku ambil kesempatan ambil kontek dia dan beberapa sahabat yang lain. Dapat juga tangkap gambar dengan seorang kakak cantik yang aku suka tengok muka dia yang memang aku dah rancang nak tangkap gambar dengan dia sebelum balik lagi. Puas hati! =D
Plus, aku juga dapat tangkap gambar dengan dia yang aku suka tu. Lets say gelarkan dia, 'A'. Kadang kala, oleh sebab aku childish orangnya mungkin sebab aku anak manja, aku suka salam dan peluk sahabat sebelum pulang. Rasa release macam aku sedang meluahkan kasih sayang aku padanya. kalau dia rasa baguslah. Apabila pulang, aku cari dia untuk salam dengan dia dan aku request,
"Nak peluk"
Lepas itu, aku releasekan rasa kasih sayang aku padanya. Aku tak tahu kenapa, tetapi seolah-olah dia dapat rasa apa yang aku rasa walau mungkin dia tidak menghayati rasaku untuknya.
"Janganlah nangis.."
"Muka saya ada sama dengan sesiapa ke yang buat awak tersentuh/ingat balik?" ...katanya setelah kami usai berpeluk

Aku gembira dapat peluk dia. Terluah kasih sayang aku untuknya walau aku mungkin tak dapat membina ukhwah yang lebih kuat dengannya namun insyaAllah akan ku kenang kenangan kami selama di kem. InsyaAllah, semoga kami bertemu lagi pada program akan datang. Aku rasa tersentuh bila dia pujuk aku,
"jangan nangis..."
dan ada beberapa ayat lagi, aku tak ingat. Benarlah kata pepatah,
"Sincerity touched people"
X faktor yang ada pada dia yang membuatkan aku ingin mendekati dia menarik hati aku. Gambar kami aku buat jadi wallpaper. Bila tengok gambar itu, aku rasa macam dia tengah senyum kat aku dan aku akan tersenyum bila tengok gambar tu dan membuatkan hati aku rasa release dan luas.Subhanallah. Terima kasih Allah. Bila aku teringat dia, aku akan alunkan lagu 'Sebiru Hari Ini' dan berputarlah memori yang terakam dalam minda aku.
"senyuman yang datang daripada hati yang ikhlas pasti akan menggembirakan seseorang dan membuatnya tersenyum walau ia hanya sekeping gambar."
Apabila aku tengok gambar di kem, aku rasa rugi sebab aku tak rakam video. Aku rasa tengok video sebagai kenangan lagi best dan live berbanding gambar. Seolah-olah orang itu sedang live berkomunikasi dengan kita dan kenangan itu akan jadi hidup. Jadi, insyaAllah akan datang aku akan rakam tiap detik untuk tatapan kenangan agar nampak live.
Papepun, terima kasih Allah. Dapat aku menambah sahabat. Sahabat Senyumanku..=)
"Sahabat itu bagai bintang di langit, walau jauh dia tetap akan bersinar..walau tidak bisa dimiliki, dia akan selalu dihati..meskipun terkadang dia hilang, dia akan tetap selalu dihati dan akan terkenang dihati dan tak kan pernah hilang disebalik awanan yang kelam..."
2 comments:
"Wahai orang2 yang beriman! Apbl dikatakan kpdmu 'berilah kelapangan dalam majlis2 ilmu,' maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan,"Berdirilah kamu," maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang2 yang beriman di antara kamu dan org2 yg diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan."
Al-Mujadilah:11
Semoga setiap langkah kita menuju kepadaNya, seribu kali DIA mendekati kita...
:)
LIKE :) insyaAllah
Post a Comment