Pages

31 Jan 2012

My GREAT Friends: Jasa Baik PASTI Dikenang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Hari ini aku terkenang kenangan-kenangan aku yang dahulu dan kini berkaitan kawan yang aku ada sekarang. The person yang aku sayang, kasihi dan cintai.

1. Tiap kali aku berpuasa, dialah orang yang tahu aku berpuasa walaupun aku tak cakap dan dia akan menyibukkan diri menyiapkan makanan untuk aku berbuka walaupun masa itu aku ada makanan untuk dimakan.

28 Jan 2012

Berjumpa Selebriti Kerana Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah semalam, Allah pertemukan aku dengan beberapa selebriti yang berhijrah dan berdakwah. Agak stress ketika itu oleh sebab sesuatu, gerun diriku dengan 'gurauan' Allah yang buat aku down. Seusai meeting, ada sahabat ajak. Aku pom baru tahu tentang forum 'Hatiku Hanya Milik-Mu' di Karangkraf seksyen 15. Then terus rempit dengan member kamcing aku pergi sana.

26 Jan 2012

Harapan Subur Kembali

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Hari ini first time aku pergi kelas dan aku sensorang je dengan lecturer India ajar aku Data Compression. Rasa macam rajin sangat pulak since kelas DC memang less than 10 students yang register sem ni. Ada sahabat lain tak balik lagi daripada cuti raya cina. Jadi, hari ini aku beramah mesra dengan lecturer tu. Dia tanya aku nak buat apa lepas degree, kerja dalam bidang apa?

23 Jan 2012

Dijaga Allah Ketika Bertudung Labuh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Aku ingin berkongsi pengalaman sepanjang aku memulakan kehidupan seorang gadis bertudung labuh. Mungkin ada yang tertarik apabila membacanya kerana itulah nikmat memakai tudung labuh.

Terselamat Daripada Bersalam Dengan Bukan Mahram

Keluargaku bukanlah golongan alim, ulamak dan seangkatan dengannya. Hanya sekadar keluarga biasa tetapi alhamdulillah, basic Islam masih kami jaga. Ada yang kata, bersalam dengan orang tua itu tanda hormat namun bagi aku, adalah lebih baik aku menghormati Tuhanku, Allah. Ketika hari raya yang lalu, seperti biasa, ramai saudara mara sepupu dua pupu aku yang datang ke rumah. Aku sebenarnya lebih suka duduk dalam bilik antaranya adalah untuk mengelakkan daripada kena salam dengan bukan mahram.

22 Jan 2012

Bagaimana Aku Bertudung Labuh Versi Al-Insyirah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Lautan dosa yang lalu membuatkan aku disapa oleh-Nya. Terdetik di dalam hati pada suatu hari ketika di sekolah menengah. Telah terlalu jauh aku daripadanya. Solatku jaga namun oleh sebab solat yang tidak benar, masih ada kemungkaran yang dahsyat aku lakukan.

Suatu hari hati terdetik merasa benci pada kemungkaran itu. Rasa meluat yang teramat. Rasa jijik dengan dosa itu. Aku menangis sendirian mencari cahaya untuk menyinari kegelapan yang telah lama malap dan kelam.

11 Jan 2012

Damba Kasih - Inteam

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

6 Jan 2012

Apabila Diri Diuji

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tika orang lain diuji, dia cuba menenangkan orang lain, dia cuba menggembirakan orang lain agar mereka berasa ringan dengan ujian-Nya tetapi dikala dia diuji, tiada sesiapa yang berada di sampingnya. Apabila dia bersuara cuba meluahkan, manusia hanya tahu berburuk sangka berbanding memahaminya. Dia perlukan perhatian. 

4 Jan 2012

Solusi Kisah Cinta Remaja Menjaga Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Di sini aku kongsikan soalan dan jawapan yang diberikan oleh Encik Fuad Latip tentang solusi kisah cinta remaja yang menjaga hati.

Soalan:
asslm, encik Fuad Latip, ad dop tips utk muslimah 20-an tentang cinta dan jodoh.biasanya mereka ini banyak terlibat dgn perasaan ign mencintai + dicintai krn Allah.tidak kurg juga sering berfikir ttg kahwin awal, namun adakalanya masih belum sedia dan juga masih belum terbuka untuk menerima lelaki yg melamarnya apetah lagi kurg ciri2 ttg kefahaman agama pd lelaki itu.

2 Jan 2012

Biar Jiwa Terseksa Asal Diri Terjaga


Permata Yang Dicari - De Hearty

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites