Pages

29 Aug 2011

Makcik Buta Itu Solat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kuat benar hari ini ilham daripada Allah agar aku sertai solat terawih di surau taman perumahanku. Oleh sebab tak lama lagi raya, bebarapa malam ini aku agak sibuk membeli dan menyiapkan rumah untuk raya nanti. Walau agak kekangan masa, namun hari ini aku tekad untuk sertai solat terawih apetah lagi ia merupakan malam terakhir sebelum Ramadhan pergi. 

26 Aug 2011

Ini Impian Aku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Melihat gambar ini membuatkan aku berfikir jauh. Masing-masing pasti mempunyai impian. Begitu juga aku. Namun dalam mencoret impian, aku sering mengingatkan diri bahawa,

"Dunia ini akan kiamat hancur dan berpindah ke Akhirat"

23 Aug 2011

Susahnya Nak Rapat Dengan Sahabat Muslimah



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Dahulu, aku rasa susah nak rapat dengan muslimah (gadis bertudung labuh). Aku tak tahu kenapa tetapi bisikan nuraniku suka benar melihat mereka yang bertudung labuh. Menenangkan mata yang memandang. Sejuk dan tenang rasanya.

19 Aug 2011

Allah Yang Sering Memberiku Bahagia


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Aku Dan Masalah Sekecil Zarah
Assignment, projek, lab practical atau lab report pastinya tak pernah renggang dalam meniti kehidupan seorang pelajar. Aku juga antaranya yang terpaksa menghadapi, menyiapkan assignment, lab practical dan projek yang banyak. Sebab?? Aku terlalu manjakan sang malas yang mengakibatkan buah bertangguh dihasilkan. Ujian? Bagi aku ia sebenarnya sekadar gurauan daripada Allah.

16 Aug 2011

Hati ini ingin sekali..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Entah kenapa, hati aku rasa kosong. Satu kekurangan aku rasakan dalam diri aku. Aku ada segalanya cuma aku rasa aku kekurangan sesuatu. Cinta-Nya. Ya, cinta-Nya yang membuatkan aku rasa kosong pada jiwa.

14 Aug 2011

Hyundai Coupe, Sahabat Dan Qiyam


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 
Alhamdulillah ke hadrat Ilahi yang telah memberi aku kenangan yang cukup indah buat dua hari ini. Walaupun masanya singkat namun terlalu banyak kenangan yang aku dapat lakarkan bersama sahabat-sahabat di MSU.

Ramadhan yang aku sedari

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Entah mengapa seusai menadah tangan setelah selesai solat sunat witir di surau, lama. Lama aku memerhatikan tanganku.

“Adakah tangan ini yang akan menerima kitab amalanku?”

Aku terfikir namun aku tiada jawapan untuk persoalan itu.

“Aku perlu banyakkan ibadah di bulan ini”…hati bermonolog


13 Aug 2011

Beriku Lauk Kegemaran Pada Sahabat Inspirasku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tak dapat idea nak letak tajuk apa. :) Layannn~

Sujud tahajud di waktu pagi memutikkan rasa kesedaran dalam diri bahawa Dia banyak makbulkan doa untuk impian aku terutamanya sahabat inspirasi. Dia sentiasa membuka peluang dan ruang agar aku dapat spend time dengan dia apetah lagi tak lama lagi dia akan pergi daripada university kerana praktikal yang mana dia tidak akan berada lagi di sisi aku di saat aku perlukannya.

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites