Pages

30 Jul 2011

Siapakah Dia, Pemilik Tulang Rusukku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Sangat manis dan cambest tengok gambar di atas. Cinta. Suatu isu yang menarik untuk dikupas. Kadang-kadang bila datang program islamik seperti kuliah Maghrib oleh Ustaz Azhar Idrus hari tu, aku lihat ramai calon-calon suami soleh. Hati aku pasti bermonolog,

"Aku berharap, calon suami aku nanti antara seperti mereka"

29 Jul 2011

Kak Hana - Where Are You Now? (Justin Bieber)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Tiap kali aku tengok gambar dia kat hp aku, pasti hati aku akan sayu. Entah mana perginya, kak Hana :'( Aku perlukannya dia, dialah kakak inspirasiku. Aku sedih sangat. Entah mana perginya. Sebak hati ini apabila tengok gambar dia. Kali terakhir aku dapat berhubung dengan dia bulan 6 dan dia terus menghilang. Apalah salah aku? 

Warkah Ramadhan Buatmu Sahabat


Assalammualaikum. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Apa khabar sahabatku yang sedang membaca surat ini? Saya harap sahabat sihat walafiat. Syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi saya kekuatan untuk menulis surat ini.

28 Jul 2011

Buatmu Sahabat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Aku tak tahu kenapa, selepas aku datang 'Diskusi Ramadhan: Bulan Transformasi Diri' membuatkan aku rasa sangat sayu terutamanya apabila aku terkenangkan kakak inspirasiku, kak Ummu akan pergi jauh daripada aku. Masa yang ada, aku harap sangat dapat spend time sebanyak-banyaknya dengan dia. Tiap kali aku terserempak dengan dia, pasti aku ingin menatap wajahnya sepuas-puasnya kerana hati ini tahu, wajah itu tidak akan dapat aku tatap selepas bulan 10. 

27 Jul 2011

Keletihan Yang Mengisi Hatiku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Sejak aku masuk MSU dan berkenalan dengan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), di situlah bermulanya kehidupan aku dalam perasaan yang lebih tenang, hati yang terisi dengan satu keajaiban dengan bertemunya aku dengan sahabat sefikrah. Alhamdulillah terima kasih pada Allah yang mempermudah aku untuk berhijrah di jalan-Nya. Daripada hati aku yang kosong dahulu kini sudah terasa diisi dengan sesuatu. Aku tak tahu bagaimana nak ekspresikan perasaan itu cuma kehidupan aku kini sangat berlainan berbanding dahulu. Aku rasa lebih tenang, lebih terisi terutamanya aku berjumpa sahabat-sahabat yang mengajak aku ke arah kebaikan dan bermujahadah di jalan-Nya.Daripada PMI lah aku mula kenal gerakan dakwah, perkataan seperti mujahadah dan sebagainya. 

25 Jul 2011

Kita Patut Bahagia Ada Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Hati tetibe rasa sangat pilu dan rasa sedih dan mula mengalirnya air mata khilaf kepada Sang Pencipta. Sangat terkesan dengan membaca status daripada FuadLatip:
"Berbahagialah kerana kita ada Allah SWT Yang sentiasa dekat, Yang sentiasa bersama kita sejak sebelum kita dilahirkan, sejak kita berada di rahim ibu, sejak kita kecil hingga saat ini dan sehingga bila-bila. Tiada penghujung waktu, Allah tetap bersama kita.Mengasihi dan menyayangi kita. Tiada bandingan dengan kasih sayang dari yang lain. Cubalah saat ini, panggillah Allah dengan kerendahan hati... ya Allah..."

24 Jul 2011

Risalah Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Ingin berkongsi sebaris doa daripada talk 'Menghayati Ramadhan' tempoh hari.

23 Jul 2011

Sepi..Aku Perlukan Dia

Macam nielah aku
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Tangisan ini mudah sahaja mengalir. Aku tak tahu. Adakah aku sepi? DIA dekat tetapi aku tak tahu kenapa. Aku sedih sangat. Hati yang sunyi membuatkan aku mudah mengalirkan air mata. Mendengar suara kak Sol sedikit sebanyak mengubat hati ini, menggembirakan hati aku. Hanya dia dan Allah yang memahami betapa hati ini buntukan dia dalam hidup aku tetapi sayang, dia tak faham Allah. Namun aku memahami dia tak sudi, tak sudi untuk menerima aku dalam hidupnya. 

Entah Bila Aku...



“Kakak habis bile?”
“Lambat lagi..2013”

Di luar jendela
Memandang pemandangan dunia pinjaman-Nya
Yang hanya sementara

19 Jul 2011

Impak Hidup BerTuhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, terima kasih dan syukur ke hadrat Ilahi yang telah menggerakkan hati ini untuk pergi ke 'Bengkel Mihrab Cinta' pada bulan Mac 2011 yang lalu. Terlalu dan SANGAT BANYAK impak/kesan yang aku dapat rasakan sehingga kini sejak aku mula berkomunikasi/berdialog dengan Allah. Aku pernah dengar, orang kata, kalau nak 'berdialog' dengan Allah melalui solat tetapi sebenarnya pada pendapat aku, berdialog dengan Allah juga boleh dilakukan dan dihayati seperti bercakap dengan orang lain. 

18 Jul 2011

Allah Ajar Ikhlas Dalam Bersahabat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Tangisan ikhlas mengalir deras...

Dahulu..
Aku pernah menangis kerananya..
Aku pernah terasa dengannya..
Aku pernah merasa kecewa bersahabat dengannya.. 
Namun hati tetap mahu meneruskan berbuat baik kepadanya, menolongnya agar aku selalu dapat bersama dengannya yang memberikan kegembiraan pada hati ini..

14 Jul 2011

Cari Redha Ilahi Di Setiap Kebaikan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah atas 'guide' Allah aku dapat masakkan bubur nasi untuk sahabat dan housemate aku yang kurang sihat. Walau tidak dapat menilai rasanya oleh sebab berpuasa namun aku tidak patut danv berbuka puasa hanya kerana ingin memasak bubur nasi untuk sahabat yang merupakan makhluk Allah yang tidak akan memberikan pertolongan di Akhirat kelak sebaliknya Allah lah yang akan memberi kita pertolongan di Akhirat kelak.

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites