Pages

23 Dec 2011

Aku Kagumi Dia Yang..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Aku kagumi dia yang selalu aku nampak kerap di majlis-majlis ilmu dan program islamik

Aku kagumi dia yang selalu aku nampak sibuk dengan kepimpinannya dalam kerja dakwah dan tarbiyah

Aku kagumi dia yang bekerja sendiri mendapatkan duit tanpa bergantung pada duit ibu bapanya atau orang lain

22 Dec 2011

Andai Kamu Tahu Nikmatnya Solat


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Selepas pergi bengkel 'Menggapai Bahagia Dengan Solat' oleh pak Setiyo, aku refresh balik apa yang pernah aku belajar dengan Dr. Azhar dan Encik Fuad then upgrade berlatih mendapatkan khusyuk dalam solat juga luar solat. Aku sangat bersyukur kerana Allah mengilhamkan agar aku pergi ke program sebegini. Mendekati Allah bermula dengan berborak>sedarkan Allah>khusyuk.

Sekarang ni, favourite moment dalam solat bagi aku adalah ketika duduk antara dua sujud. Kita sebut satu-satu bacaan ketika duduk antara dua sujud.

Belajarlah Bercerita Pada Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Persepsi aku pasti orang ingat aku gila. Aku rasa jarang antara kita umat Islam berborak dengan Allah. Kalau cakap sorang-sorang mesti orang ingat gila. Ruginya kita kalau kita hanya anggap Allah sebagai tuhan sedangkan Allah boleh jadi macam-macam pada kita, Dia boleh jadi sahabat, ayah, ibu, abang, kakak, adik pada kita.

21 Dec 2011

Latihan Membuang Ego: Bercerita Kepada Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Artikel ini aku copy paste daripada Fuad Latip yang aku pernah hadir di bengkel Menggapai Bahagia Dengan Solat bersamanya.

Seperti saya katakan dalam Bengkel Wanita Yang Bahagia ahad lalu:

Untuk minggu ini... kita cuba tidak memohon kepada Allah apa pun kecuali 3 perkara. Yang lain hanya bercerita sahaja pada Allah SWT.



Dua perkara yang dimohonkan:

1. Mohon diampuni segala dosa.

2. Mohon agar Allah titipkan rasa cinta kepadaNya dalam jiwa kita.

3. Mohon agar Allah berikan petunjuk dan kekuatan untuk menjadi wanita yang mampu menerima, redha, pasrah, berserah dengan kehendakNya.

Terpegun Dengan Bantuan-Nya

Lebih banyak gambar Danbo hasil tangkapan saya di page fb 'Al-Insyirah Danbo'
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Hari ini aku terpegun. Terpegun dengan Allah. Aku rasa bulan ini aku shopping spree baju muslimah, jubah, tudung sekali semua dalam satu bulan kalau tak mesti aku beli satu-satu untuk satu bulan.

Alhamdulillah, terima kasih pada Allah yang memberi aku duit belanja untuk semua itu. Allah kan Maha Kaya ;) Minta sahaja pada-Nya dengan yakin dan percaya, PASTI diberikan oleh-Nya. Allah lah sugar daddy saya =D 

Yakin Dan Percaya Subur Kembali

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah pada 17-18 Disember 2011 yang lalu, Allah permudah aku dapat pergi ke Bengkel Menggapai Bahagia Dengan Solat oleh pak Setiyo Purwanto

Sejak aku pergi ke bengkel Hidup BerTuhan oleh Dr.Azhar Sarip, aku mula berkomunikasi dengan Allah.

"Ya Allah, aku nak pergi kelas ni. permudahkan aku memahami subjek ini ya Allah"

19 Dec 2011

Ajari Aku Menjadi Hamba Berhati Rendah

Ya Allah
Aku ini hamba-Mu ya Allah
Aku ini hamba, kuli-Mu ya Allah
Harusnya aku ini menuruti semua perintah-Mu
Harusnya aku ini sedar bahawa aku ini hamba-Mu
Kuli yang patut mematuhi perintah Tuhannya


Jauhkan Aku Daripada Panahan Syaitan

Ya Allah
Aku ini insan biasa
Aku ini wanita biasa
Umurku semakin tua
Ajalku semakin hampir
Namun masih fikiranku
Kadang kala tidak munasabah/matang selari usianya


Hati Yang Rapuh Kerana Mencintai

Hatiku ini bagai retak menunggu belah
Mudah rapuh dan patah

Hatiku ini mudah bergembira
Juga mudah berduka cita

Dahulu ku rasa gembira
Kini ku rasa sengsara
Menghadapi pukulan dusta
Mengamati badai bermuka-muka

14 Dec 2011

Bersediakah Aku Menjadi Seorang Isteri?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ingin aku berkongsi sesuatu daripada sahabat mukabukuku..semoga bermanfaat

Tanya diri, matangkah pemikiran kita bagi memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu? Nilailah ia dengan melihat cara kita melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah, anak, kakak dan pelajar.

13 Dec 2011

Tika Dia Dilamar

modified: 14/12/2011

Pernah suatu ketika,

"Aku ni salu cakap tentang kahwin/nikah awal, cinta lepas kahwin, impikan mujahid sefikrah, bagaimana kalau suatu hari nanti ada lelaki yang lamar aku?" Dia berfikir sejenak.

"Aku masih belum bersedia menjadi seorang isteri. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Memang malang siapa yang kahwin dengan aku." Dia bermonolog seorang diri sambil tergelak sendiri.

Jarakkan Kami Agar Hati Tak Kecewa


Ya Allah..
Umur aku semakin dewasa namun ajal aku semakin hampir
Hari Kiamat pula semakin mengejar
Dunia pula semakin tua
Aku tidak tahu jika aku sempat berpasangan dengannya
Atau bukan aku yang menjadi pelengkap separuh agamanya

12 Dec 2011

Sengaja Ku Diam




Untuk kualiti yang lebih bagus, anda boleh download cerpen ini dalam bentuk pdf di link ini: Cerpen oleh Al-Insyirah: Sengaja Ku Diam

Jam menunjukkan pukul 4 petang.

“Alamak! Kelas dah nak mula tetapi azan akan berkumandang 15 minit lagi. Solat dululah, hati aku tak sedap hati pulok kalau tak solat dahulu. Risau pulok kalau tetiba mati tanpa sempat solat Asar.” Detik hati Hassan.

Sememangnya dia selalu lambat ke kelas kerana ingin solat berjemaah terlebih dahulu kerana kebiasaannya kelas pada pukul 4 petang akan tamat pada pukul 6 petang dan dia tidak mahu melambatkan solat. Hatinya tidak akan tenang jika melambatkan solat apetah lagi apabila dia teringat sepotong hadis Rasulullah SAW,

10 Dec 2011

Buatmu...Walimah Kita Nanti

my original click
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalammualaikum,
Ku tujukan warkah ini buat bakal zaujku yang aku masih belum pasti siapakah orangnya cuma aku hanya ingin memesan sesuatu yang sangat penting bagiku. Semoga kau memahaminya.

Duhai bakal zaujku
Inginku memesan sesuatu kepadamu. Sungguhku mahu kau ketahui bahawa akulah orang yang sangat bahagia ketika walimah kita nanti. Sungguh daku menantikan saat ini dari tempoh yang lama dahulu andai kau ketahui dan fahami.

9 Dec 2011

Tips Menjaga Aurat Versi Al-Insyirah

Assalammualaikum,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, first of all, aku nak minta maaf awal-awal kalau tips yang aku buat ini mungkin merepek tetapi inilah antara yang aku amalkan sendirian berhad.

Aku agak kegerunan apabila saudara mara berkumpul atau bukan mahram aku ada di rumah macam abang ipar aku.

4 Dec 2011

Sahabat Obsessi + Akhlak VS Ibadah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Mungkin aku yang salah sangka atau memang benar. Sengaja aku taip artikel ini untuk menjelaskan sedikit isu tentang aku. Mungkin ada pembaca yang muak dengan artikel tentang seorang sahabat yang aku banyak cerita dalam blog ini. Jadi, benarkanlah aku menjelaskannya agar ianya tidak membawa fitnah.

3 Dec 2011

Perpisahan Sebiru Hari Ini

FB: Al-Insyirah Danbo

Sahabat
Kadang kala
Katamu tidak lembut
Katamu tidak keras
Tetapi aku merasakan hatimu ikhlas
Oleh itu, aku mudah menerima
Dan menghadamnya

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites