Pages

14 Dec 2011

Bersediakah Aku Menjadi Seorang Isteri?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ingin aku berkongsi sesuatu daripada sahabat mukabukuku..semoga bermanfaat

Tanya diri, matangkah pemikiran kita bagi memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu? Nilailah ia dengan melihat cara kita melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah, anak, kakak dan pelajar.

Tanya lagi diri, kuatkah fizikal kita untuk menjaga fizikal insan lain? Nilailah ia dengan melihat cara kita mengurus kesihatan, pemakanan dan kebersihan seharian kita di rumah dan di kolej.

Tanya diri, teguhkah hati kita bagi menghadapi ujian rumahtangga? Nilailah ia dengan melihat cara kita menghadapi masalah harian.

Mungkin ada yang berkata, nak kahwin pasal nak jaga iman. betulkah boleh jaga iman dengan perkahwinan? Jaga iman dengan proses didikan berterusan, bukannya dengan berkahwin. 

Iman kita mungkin semakin jauh daripada Allah sekiranya berkahwin dalam keadaan tak bersedia.

 perkahwinan akan menjadi medan dilenyek masalah, bukannya melengkapkan agama.

Tepuk dada, tanya iman. sudah benar-benar bersediakah? wallahualam.

if you can be the best muslim, you can be build a great baitul muslim

p/s: bila aku perhati indicator ni, aku tak rasa diri aku bersedia untuk menjadi seorang isteri. Kadang-kala aku rasa diri aku masih belum matang daripada segi fikiran, tindak-tanduk walaupun umurku telah menginjak umur 20-an. aku berharap aku tidak mendapat orang yang terlalu baik + bagus untuk aku kerana im not deserve for him


---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites