Pages

21 Dec 2011

Latihan Membuang Ego: Bercerita Kepada Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Artikel ini aku copy paste daripada Fuad Latip yang aku pernah hadir di bengkel Menggapai Bahagia Dengan Solat bersamanya.

Seperti saya katakan dalam Bengkel Wanita Yang Bahagia ahad lalu:

Untuk minggu ini... kita cuba tidak memohon kepada Allah apa pun kecuali 3 perkara. Yang lain hanya bercerita sahaja pada Allah SWT.



Dua perkara yang dimohonkan:

1. Mohon diampuni segala dosa.

2. Mohon agar Allah titipkan rasa cinta kepadaNya dalam jiwa kita.

3. Mohon agar Allah berikan petunjuk dan kekuatan untuk menjadi wanita yang mampu menerima, redha, pasrah, berserah dengan kehendakNya.



Ceritakan sahaja pada Allah apa jua masalah kita atau apa yang kita fikirkan. Namun jangan sesekali memohon kepada Allah.



Seandainya saudara sakit, ceritakan pada Allah apa yang saudara rasa. "ya Allah sakitnya perut aku ni. Sejak semalam sakitnya. Asyik berulang ke tandas je ni. Dah ke klinik 2-3 kali dah ya Allah."



Ceritakanlah pada Allah SWT apa yang saudara fikir. Tidak semestinya masalah. Jika saudara inginkan sesuatu..."ya Allah, kalau dapat baju yang aku tengok semalam tu best tak agak-agaknya ye ya Allah? nampak macam best tapi tak tau lah kan ya Allah. Nanti ada masa nak tengok balik lah."



Untuk minggu ini sahaja, saudara ceritakan sahaja pada Allah. Bukanlah tidak langsung memohon tetapi kurangkan memohon. Inilah latihan agar kita dapat mengurangkan permohonan kita pada Allah yang mana permohonan kita itu hanya banyak mengarah Allah mengikut kehendak kita sahaja.



Saudara,

Masalah dan penyelesaian silih berganti dalam hidup. Kita boleh menjangkakan dalam hidup kita bahawa setiap kali ada masalah... akhirnya akan selesai juga. Tunggulah masa yang sesuai yang Allah rencanakan "sendiri" masalah itu selesai dengan cara Allah SWT sendiri.



Jangan pula diri kita yang lebih bijak dengan memerintah Allah SWT untuk menyelesaikan masalah dengan cara kita sedangkan kita tidak mampu malah menguruskan diri kita sendiri pun kita tidak mampu apatah lagi masalah kita.



Belajarlah hidup untuk mencintai lebih dari dicintai.
Belajarlah hidup untuk menerima lebih dari memerintah.



InshaAllah pasti akan bahagia setiap masa dalam apa jua keadaan.



Fuad Latip

Jiwa Positif Hidup BerTuhan

---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites