Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Mungkin aku yang salah sangka atau memang benar. Sengaja aku taip
artikel ini untuk menjelaskan sedikit isu tentang aku. Mungkin ada pembaca yang
muak dengan artikel tentang seorang sahabat yang aku banyak cerita dalam blog
ini. Jadi, benarkanlah aku menjelaskannya agar ianya tidak membawa fitnah.
Sebenarnya, dia bukan sahabat tetapi juga kakak pada aku. Impianku
mempunyai kakak yang sefikrah dan impian itu sangat tinggi dan mungkin juga
impossible. Berlabuhnya kehidupan aku di MSU menemukan aku dengan seorang kakak
yang aku impikan. Alhamdulillah. Kakak kandung secara logiknya, kebiasaannya
orang akan kata rapat dengan dia, kalau ada masalah, cerita kat dia terutamanya
hal-hal perempuan seperti masalah cinta, cita-cita, tentang bidang belajar.
Walau aku mungkin berharap aku dapat kakak sefikrah seperti itu tetapi
aku sering menanamkan dalam diri,
"Bukan semua benda yang kita impikan, kita dapat"
Jadi, cukuplah sekadar aku mempunyai dia sebagai kakak yang menjadi
pendorong kepada aku untuk istiqamah berubah menjadi baik + solehah.
"Kasih sayang pada seorang sahabat akan mendorongnya melakukan
amalan yang dia lakukan"
Dengan pepatah itu, kasih sayang yang selama ini ada untuknya akan
mendorong aku untuk mengamalkan apa yang dia amalkan. Walau dia tak beritahu
tetapi apabila bersamanya, aku akan memerhatikan apakah amal-amal soleh yang
dilakukannya. Dialah menjadi inspirasi untuk aku berubah menjadi wanita
solehah;- lemah lembut, sopan, jaga ikhtilat. Maaflah kepada pembaca yang
mungkin tidak menyenangi penulisan tentang dia yang sangat banyak aku taip
dalam ini.
Anda mungkin tidak pernah mengalami, merasai perasaan orang yang
berhijrah daripada jahil kepada berilmu dalam ilmu agama. Masalah sosial, masalah
jenayah.
“Could you ever imagine, betapa seorang yang jahil dalam ilmu agama
seperti banduan atau seseorang yang hidup dalam hal duniawi semata ingin
berubah ke arah kebaikan??”
Beruntunglah bagi sesiapa yang mereka daripada kecil dapat didikan agama
yang bagus, masuk sekolah agama. Belajar bahasa Arab, masuk sekolah Tahfiz.
Tetapi suasananya berbeza bagi seorang yang jahil tentang agama (walaupun
dia Islam) baru nak menuntut ketika remaja yang mana mereka berada dalam level
yang sangat rendah dan lemah yang memerlukan mereka mempunyai pendorong,
semangat, inspirasi agar mereka dapat kuatkan diri dan berjuang agar terus
istiqamah dalam penghijrahan mereka.
Adakalanya orang seperti mereka disisih, dihina, dipulau kerana mereka
pernah terlibat dengan semua itu malah mereka jadi semakin lemah apabila
golongan orang soleh menyisihkan mereka daripada mengajarkan mereka agama yang
menjadi bukti, akhlak orang soleh itu
tidak seiring dengan ibadahnya.
Aku pernah merasa disisih apabila duduk dalam kumpulan akhwat yang
bertudung labuh suatu ketika dahulu. Pandangan yang sinis, sebelah mata pun tak
pandang apatah lagi berjabat tangan. Namun alhamdulillah apabila aku berjaya
meningkat sedikit demi sedikit dalam hijrahku, aku mula selami..
"apakah yang ada dalam pemikiran si tudung labuh yang pandang sinis
pada aku suatu ketika dahulu?"
Kini aku mula faham.
Kadang kala si tudung
labuh/berniqab merasakan mereka sudah mulia hanya kerana mereka menjaga
adab/akhlak lebih baik daripada si biasa. Kadang kala juga, mereka memandang
rendah kepada si biasa hanya kerana mereka itu tidak bertudung labuh/berniqab.
Memang. Memang kita patut memilih kawan kerana ia akan mempengaruhi kita
tetapi itu TIDAK SAMA SEKALI memberi lesen kepada kita untuk memandang
sinis/merendahkan orang lain yang tidak sefikrah (OLYTS) dengan kita.
Aku menaip di sini dengan azam agar tidak menjadi seperti si tudung
labuh yang bongkak memandang sinis kepada OLYTS. Aku kawan je dengan sesiapa.
Aku ada je kawan free hair, tomboy juga OLYTS. Sakit. Sakit rasanya dipandang sinis, hanya
kerana kita free hair, hanya kerana kita tomboy, hanya kerana kita tidak
bertudung labuh. Lagi satu aku sering mengingatkan diri,
"Walau sekarang
kau rasa ibadah, iman kau dah cukup mantap tak semestinya bila kau mati kau
juga dalam keadaan begini..jadi, hati-hati dalam segala apa yang kau fikir dan
lakukan kerana hidayah Allah itu unpredictable. Jika kau pandang rendah pada
orang yang berzina itu sekarang, tak mustahil bila kau nak mati, Allah
takdirkan kau sedang berzina dan orang itu pula mati dalam keadaan bersujud
pada-Nya"
Jadi, jika anda dapat merasai perasaan seorang free hair/tomboy/yang
tidak bertudung labuh yang ingin berubah kepada si tudung labuh + solehah, anda
akan faham the strongness of internal spirit yang sangat berharap mempunyai
seorang pendorong/inspirasi dalam perjuangan hijrahnya.
"Bersama-samalah menyelarikan akhlak dan ibadah menjadi mulia
daripada menyepoiltkan term 'si tudung labuh yang mulia' kepada 'si tudung
labuh yang bongkak'.."
wallahu alam
bdw, aku respect kepada seorang kenalan si tudung labuh. walau dia
bertudung labuh tetapi dia humble;-apabila dia berjumpa dengan kawan aku sama
ada yang free hair/tomboy/si tudung biasa, dia akan tetap berjabat tangan (kdg
kala berpelukan spt dia bersalaman dan berpelukan dengan sahabat sefikrah) dan
senyum pada mereka. *senyuman ikhlas itu dapat dirasai oleh hati. Berbanding
certain si tudung labuh yang memilih siapakah yang patut mereka bersalam dan
berpelukan.
0 comments:
Post a Comment