Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selepas pergi bengkel 'Menggapai Bahagia Dengan Solat' oleh pak Setiyo, aku refresh balik apa yang pernah aku belajar dengan Dr. Azhar dan Encik Fuad then upgrade berlatih mendapatkan khusyuk dalam solat juga luar solat. Aku sangat bersyukur kerana Allah mengilhamkan agar aku pergi ke program sebegini. Mendekati Allah bermula dengan berborak>sedarkan Allah>khusyuk.
Sekarang ni, favourite moment dalam solat bagi aku adalah ketika duduk antara dua sujud. Kita sebut satu-satu bacaan ketika duduk antara dua sujud.
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkanlah aku, dan maafkanlah segala kesalahanku.
Apabila kita sebut "ighfirli", kita benar-benar yakin dan percaya bahawa Allah ampunkan dosa kita
Apabila kita sebut "warhamni", kita benar-benar yakin dan percaya bahawa Allah kasih pada kita, memberi kita rahmat-Nya, memberi redha-Nya pada semua amalan yang telah kita lakukan agar diterima di Akhirat kelak.
Apabila kita sebut "wajburni", kita benar-benar yakin dan percaya bahawa Allah mencukupi kita daripada segi keperluan yang sepatutnya. Cukupkan makan kita, minum kita, rumah kita. Mencukupi segala kekurangan kita
Apabila kita sebut "warfa’ni", kita benar-benar yakin dan percaya bahawa Allah memberikan kita kemuliaan di sisi-Nya agar kita dipandang tinggi oleh Allah walau di dunia kita dipandang hina dan rendah oleh manusia
Apabila kita sebut "warfa’ni", kita benar-benar yakin dan percaya bahawa Allah memberikan kita rezeki sama ada rezeki makanan, rezeki pekerjaan, rezeki duit agar jadi orang kaya, memberikan rezeki halal
Apabila kita sebut "wahdini", kita benar-benar yakin dan percaya bahawa Allah akan memberikan kita petunjuk. Mengilhamkan taqwa pada hati kita agar kita tidak tersasar daripada redha-Nya
Apabila kita sebut "wa’afini", kita benar-benar yakin dan percaya bahawa Allah sembuhkan penyakit kita. Kalau kita tidak sihat atau ada penyakit yang mungkin tiada harapan sembuh, dengan bacaan inilah kita sematkan dalam hati kita, bahawa Allah sembuhkan penyakit kita
Apabila kita sebut "wa’fu ‘anni", kita benar-benar yakin dan percaya bahawa Allah memaafkan segala kesalahan kita walaupun seluas lautan kerana sentiasalah sematkan dalam hati
Pengampunan Allah LEBIH BESAR daripada banyaknya dosa kita
Ketika rukuk pula, kita memperbaiki tulang belakang kita sehingga dapat rasa kelonggaran tulang belakang yang sempit berenggang antara satu sama lain. Subhanallah.
Maka apabila baginda mengangkat kepalanya (dari rukuk), baginda berdiri lurus (iktidal) sehingga kembali setiap tulang belakang ke tempatnya.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Azaan, no: 828)
---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011
0 comments:
Post a Comment