Pages

21 Dec 2011

Terpegun Dengan Bantuan-Nya

Lebih banyak gambar Danbo hasil tangkapan saya di page fb 'Al-Insyirah Danbo'
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Hari ini aku terpegun. Terpegun dengan Allah. Aku rasa bulan ini aku shopping spree baju muslimah, jubah, tudung sekali semua dalam satu bulan kalau tak mesti aku beli satu-satu untuk satu bulan.

Alhamdulillah, terima kasih pada Allah yang memberi aku duit belanja untuk semua itu. Allah kan Maha Kaya ;) Minta sahaja pada-Nya dengan yakin dan percaya, PASTI diberikan oleh-Nya. Allah lah sugar daddy saya =D 


Walaupun bulan ini pakai banyak duit juga untuk bengkel berkaitan video editing bagi kos dan pertandingan yang aku kena masuk, namun masih Allah berikan aku duit untuk shopping!=D Tetapi dalam masa yang sama mestilah aku agak risau sebab mestilah perlu asingkan duit untuk tabungan masa depan.

Dalam kerisauan, hati ini seperti berbisik pada Sang Pencipta

"Ya Allah, duit aku dah kurang. Aku harap Kau ilhamkan aku kerja jurufoto."

Walaupun agak risau tetapi aku kewlkan hati saja kerana aku yakin dan percaya pada Allah akan berikan aku kerja. Kerja apa? Aku pom dop tahu. 

Setelah aku pulang daripada teman sahabat menshopping spreekan orang...tidak lama kemudian ada member mesej by fb. Dia ada phone same cam aku. Katanya bateri phone dia rosak jadi dia nak pinjam jap bateri aku untuk test. Mana tahu dapat.

Then aku jumpa dia. Alhamdulillah ok. Ternyata bateri dia prob. So dia minta aku sewakan bateri tu kat dia. Aku dah senyum dalam hati.

"Dapat duit aku shopping spree balik"

So aku bagi jelah dia sewa. Bila aku pulang, aku senyum sendirian.

"Terima kasih Allah. Subhanallah."

Aku rasa sangat impress kat Allah. Itulah keajaiban yakin dan percaya. =D Senang hati dapat duit shopping spree balik walaupun simple thing. Jadi?? Yakin dan percayalah pada Allah TANPA ragu. PASTI ditolong-Nya tanpa kita duga rezeki yang tidak disangka-sangka =) subhanallah. Terima kasih Allah!



---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites