my original click |
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalammualaikum,
Ku tujukan warkah ini buat bakal zaujku yang aku masih belum pasti siapakah orangnya cuma aku hanya ingin memesan sesuatu yang sangat penting bagiku. Semoga kau memahaminya.
Duhai bakal zaujku
Inginku memesan sesuatu kepadamu. Sungguhku mahu kau ketahui bahawa akulah
orang yang sangat bahagia ketika walimah kita nanti. Sungguh daku menantikan
saat ini dari tempoh yang lama dahulu andai kau ketahui dan fahami.
Apa yang daku ingin tekankan di sini adalah tentang moment kita nanti.
Walaupun bukanlah ia satu keperluan tetapi pasti, daku ingin segala memori
walimah kita dipaterikan dalam bentuk foto juga video. Mana mungkin walaupun daku
seorang jurufoto, pasti mahu walimahku dilakarkan kenangannya untukku tatap di
masa hadapan sebagai kenangan saat berbahagia kita mula bertemu. Mulakan hidup
baru sebagai suami isteri, kau halal bagiku juga daku halal bagimu. Segala
sentuhan mendapat pahala daripada dosa yang menambah murka.
Duhai bakal zaujku
JANGAN kau biarkan daku
dinoda jurufoto lelaki yang akan menangkap gambar kemesraan kita yang akan
memalukan diri ini juga akan menspoiltkan permulaan hidupku sebagai isterimu.
Kemesraan antara kita biarlah menjadi rahsia kita dan Allah, tak perlu ia
dicemarkan oleh orang lain yang ajnabi bagiku juga dirimu.
Pertahankanlah daku daripada bersalaman dengan lelaki ajnabi yang berada dalam kalangan
keluargamu. Daku terlalu tdakut jari jemari yang mulus ini bersentuhan dengan
lelaki ajnabi yang haram menyentuhku selain daripada menyentuh dirimu yang
halal bagiku.
Fahamilah daku jika daku kelihatan malu untuk bergambar bermesra-mesraan denganmu
agar maluku tidak berkurang, juga imanku tidak dicemar hanya kerana ingin
merakam gambar untuk tatapan kita pada masa akan datang.
Duhai bakal zaujku
Dahulu daku sering tertanya-tanya juga daku risau,
"Adakah pengantin yang bersanding sudah menunaikan solat sebelum
bersanding?"
Dan hari ini kita akan disandingkan selepas Zuhur, daku berharap kau akan terlebih dahulu menunaikan solat sebelum itu agar ia menjadi permulaan yang baik kepada kita dalam meniti hidup bersama. Daku tidak permulaan kita dicemari hanya kerana kita ingin bersanding. Lebih ku rela tidak bersanding daripada meninggalkan suruhan-Nya. Sebaiknya solatlah secara berjemaah, insyaAllah lebih ganjaran dan keberkatan-Nya.
"Peliharalah kehormatanku sebagai isterimu di kala walimah kita
nanti agar ia menjadi permulaan yang baik kepada kita dalam meniti hidup
bersama"
0 comments:
Post a Comment