modified: 14/12/2011
Pernah suatu ketika,
Pernah suatu ketika,
"Aku ni salu cakap tentang kahwin/nikah awal, cinta lepas kahwin, impikan mujahid sefikrah, bagaimana kalau suatu hari nanti ada lelaki yang lamar aku?" Dia berfikir sejenak.
"Aku masih belum bersedia menjadi seorang isteri. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Memang malang siapa yang kahwin dengan aku." Dia bermonolog seorang diri sambil tergelak sendiri.
Dan kini Allah mula menduga,
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Surah Ankabut: 2)
Dan ketika itu dia memahami situasi sahabatnya yang dilamar oleh lelaki yang disukai. Kalau dahulu, dia sering bertanya,
"Susah ke nak jaga hati ketika telah dilamar? Agaknya bagaimana rasanya?"
Baru kini, dia mula memahami apakah perasaan seorang akhwat yang telah disunting apetah lagi oleh orang yang disukainya. Pasti hatinya berbunga cinta tetapi perlu menahan dan menghadapi dugaan hebat juga kekangan-kekangan lain sebelum mereka bersama. Namun bagi akhwat yang disunting oleh bukan mujahid dambaannya akan terus berasa dalam kerisauan andai dia tidak memiliki mujahid sefikrah dambaannya seperti Asiah Yusro dalam cerpen Hatiku Milikmu oleh Fatimah Syarha. Asiah Yusro menyukai Umar tetapi terlebih dahulu Hassan yang meminangnya dan Asiah Yusro membacakan ayat tersebut agar dia redha dengan ketentuan takdir-Nya walaupun dia tidak redha dengan lamaran sahabat Umar itu.
boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(Surah Al-Baqarah: 216)
Namun alhamdulillah akhirnya Hassan mengundur diri dan mengutamakan sahabatnya, Umar untuk menikahi Asiah Yusro.
Tidak banyak yang dipinta oleh seorang wanita yang berusaha menjadi solehah itu,
yang penting biarlah dia dimiliki lelaki yang berhatikan dakwah dan tarbiyah berjuang di jalan Allah kerana dia tidak mahu sekadar perkahwinan hanya di dunia tetapi sebagai bekalan ke Akhirat sana.
Bila hati berbicara tentang jodoh...Aku mahukan dia seorang yang jelas agamanya,kerana itu akan membawa kami ke syurga...Aku mahukan dia seorang yang mencintai Allah dan Rasul,kerana itu akan menambahkan lagi cintaku kepada Allah dan Rasul...Aku mahukan dia seorang yang 'berjuang' di jalanNya (fi sabilillah),kerana itu akan menjadikan aku sebagai sayap kiri kepada seorang pejuang Islam...Aku mahukan dia seorang yang ada kepimpinannya,kerana itu aku akan melahirkan seorang ulama', hafiz mahupun hafizah...Aku mahukan dia yang sentiasa mencintai dan menyayangiku,kerana itu aku akan sedaya upaya menjadi bidadari terbaik dalam hidupnya...
Dia tidak memandang harta tetapi cukuplah lelaki itu berhatikan dakwah dan tarbiyah berjuang di jalan Allah agar dia dan suaminya bercinta hingga ke syurga-Nya. Dia bukanlah sehebat Khadijah yang mendambakan mujahid hebat seperti Nabi Muhammad S.A.W. Jika lelaki itu berusaha berubah ke arah lelaki yang berhatikan dakwah dan tarbiyah yang memperjuangkan agama Allah di jalan-Nya, itu sangat memadai baginya dan biarlah ia direalisasikan sebenar-benarnya kerana wanita itu tidak kuat untuk membimbing suaminya ke perjuangan-Nya tetapi mengharap dialah yang akan menjadi sayap kiri suaminya dalam perjuangan agama-Nya.
Mencintai dan dicintai kerana Allah
----------
Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011
1 comments:
sgt suka dgn post ni.. smoga ku ketemu dgnnya suatu hr nnt. Ameen
Post a Comment