Pages

21 Dec 2011

Yakin Dan Percaya Subur Kembali

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah pada 17-18 Disember 2011 yang lalu, Allah permudah aku dapat pergi ke Bengkel Menggapai Bahagia Dengan Solat oleh pak Setiyo Purwanto

Sejak aku pergi ke bengkel Hidup BerTuhan oleh Dr.Azhar Sarip, aku mula berkomunikasi dengan Allah.

"Ya Allah, aku nak pergi kelas ni. permudahkan aku memahami subjek ini ya Allah"


Kadang-kadang mungkin kalau orang nampak aku cakap sorang-sorang macam orang gila sedangkan aku cakap dengan Allah. Allah lah sebaik-baik tempat mengadu. Setelah lama aku hidup bercakap dengan Allah, aku join pula bengkel Menggapai Bahagia Dengan Solat oleh Fuad Latip. Dari situ, aku upgrade belajar sedarkan Allah. 

Ingat adalah proses recall atau remember sedangkan aku tak pernah lihat Allah jadi sebab itu aku guna perkataan 'sedar' seperti kita tutup mata, tetapi kita tahu sahabat kita di hadapan. Kita hanya dapat merasa di dalam hati bahawa dia ada di hadapan walaupun kita tak nampak dia.

Begitulah Allah. Kita tak pernah nampak Allah tetapi kita boleh sedarkan Allah, kita sedar dia ada bersama kita. 

Andai semua manusia sedarkan Allah setiap saat, PASTI mereka berasa malu untuk berbuat dosa.

Aku bersyukur kerana Allah mengilhamkan aku agar menyertai bengkel Hidup BerTuhan seterusnya upgrade Menggapai Bahagia Dengan Solat. Jadi, apabila ada bengkel seperti ini ibarat ia merefresh aku agar aku perlu kembali sedarkan Allah setiap saat kerana manusia sering lupa sebab itu perlu sedarkan kembali sekerap mungkin. Papepun,

"Terima kasih atas ilmu ini."

Dahulu, aku pernah tertanya-tanya, 

"Khusyuk tu bagaimana ya?"

Sebab, khusyuk BUKAN


  • fokus pada tikar sejadah
  • mengingati bacaan solat


Kalau kita fokus pada tikar sejadah, kita bertuhankan tikar sejadah ataupun Allah? Mengingati bacaan solat seharusnya sudah menjadi lumrah kita dalam melaksanakannya. Yang kita perlu upgrade adalah membacanya dengan SEDARKAN ALLAH. Apabila kita menyebut,

"Alhamdulillah hirabbil alamin."

Kita benar-benar menujukan segala pujian untuk Allah. Dengan hati yang sedarkan Allah, pasti hati kita terasa nikmat. Setelah aku pergi bengkel-bengkel ini, aku memahami bahawa, 

Khusyuk adalah nikmat dalam sedarkan Allah

Aku ingin sekali menerangkan dengan panjang lebar pada kalian yang berminat dengan term 'Menggapai Bahagia Dengan Solat'. Pasti ramai yang ingin mengetahuinya tetapi aku tidak arif dalam menjelaskan segalanya merangkumi pengisian tentang itu. InsyaAllah, kalau ada lagi bengkel seperti ini, akan aku khabarkan di sini atau di muka buku ku. Jemputlah add dan nyatakan minat anda agar mudah aku hubungi kalau-kalau ada bengkel seperti ini diadakan di mana-mana.

Jazakallahu khairan.

R.E.D.H.A adalah kunci kebahagiaan dunia dan akhirat..serah saja pada Allah, PASTI Allah memberikan ilham taqwa ke dalam hati kamu andai kamu percaya dan yakin pada ketentuan-Nya..

---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites