Ya Allah
Aku ini hamba-Mu ya Allah
Aku ini hamba, kuli-Mu ya Allah
Harusnya aku ini menuruti semua perintah-Mu
Harusnya aku ini sedar bahawa aku ini hamba-Mu
Kuli yang patut mematuhi perintah Tuhannya
Tetapi ya Allah
Kadang kala aku ini ego ya Allah
Kadang kala aku ini tidak sedar diri ya Allah
Aku berkira dengan Kau ya Allah
Bila susah aku kerap datang kepada-Mu ya Allah
Bila senang aku jarang datang kepada-Mu ya Allah
Ya Allah, terimalah aku menjadi sahabat-Mu
Terimalah aku sentiasa di sisi-Mu
Ajari aku ya Allah
Agar sentiasa sedarkan-Mu
Setiap saat
Setiap detik
Setiap hembusan nafasku
Yang bernafas atas rahmat-Mu
Sesungguhnya Kau yang memberi keizinan itu
Ajari aku ya Allah
Agar sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberian-Mu
Dan pasrah dengan ketentuan-Mu yang tidak terjadi seperti yang aku pinta
Kerana apa yang baik bagiku mungkin tidak baik bagimu
Dan apa yang baik bagi-Mu mungkin kelihatan tidak baik bagiku (2:216)
Ya Allah
Kadang kala aku ini manusia bongkak
Kadang kala aku ini manusia ego ya Allah
Aku melihat orang yang kurang upaya
Aku pandang rendah
Aku melihat dengan hati yang bongkak
Jangan ya Allah,aku mohon agar jangan jadikan aku manusia berhati bongkak
Yang memandang rendah pada orang lain
Sedangkan martabat aku di sisi-Mu lebih rendah daripada mereka
Ya Allah
Jika bertudung labuh ini membuat aku menjadi bongkak
Membuat aku menjadi ego pada orang yang membuka aurat
Ajari aku ya Allah
Agar aku dapat memperbaiki akhlakku seiring dengan amalku
Aku tidak mahu mereka merasa dihina, dipandang rendah oleh orang bertudung labuh sepertiku
Aku impikan aku mempunyai sekeping hati yang sangat rendah diri
Yang menyedari bahawa aku dulu seperti mereka
Yang menyedari bahwa aku patut membimbing mereka
Agar mereka turut bersama menjadi orang yang sefikrah denganku
Aku impikan aku seorang yang mesra kepada semua orang
Walaupun dia bukan sefikrah atau seagama
Kerana aku ingin mempunyai akhlak yang mulia
Agar menjadi role model pada semua
Ajari aku ya Allah menjadi hamba yang merendah diri ke tahap yang paling rendah
----------
Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011
Parents-Teachers Meeting Hamzah - 27 Julai 2024
3 months ago
0 comments:
Post a Comment