Pages

23 Dec 2011

Aku Kagumi Dia Yang..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Aku kagumi dia yang selalu aku nampak kerap di majlis-majlis ilmu dan program islamik

Aku kagumi dia yang selalu aku nampak sibuk dengan kepimpinannya dalam kerja dakwah dan tarbiyah

Aku kagumi dia yang bekerja sendiri mendapatkan duit tanpa bergantung pada duit ibu bapanya atau orang lain


Aku kagumi dia yang jarang marah walaupun orang lain masa tu tengah marah kat dia, tetapi dia cool je siap gurau-gurau lagi agar silaturrahim dia dan orang itu tak berpecah belah

Aku kagumi dia yang berpuasa dalam kalangan orang yang tengah makan dan dia sedikit pun tidak terpengaruh untuk berbuka puasa dan makan bersama mereka walaupun diajak

Aku kagumi dia yang menjaga ikhtilat ketika bersama akhwat di sisinya

Aku kagumi dia yang hensem dan baik akhlaknya

Aku kagumi dia yang yang tak pernah aku kelihatan akhwat komen atau post kat wall dia

Aku kagumi dia yang jarang kelihatan berjalan bersama akhwat, sering kali dia beralih ke sebelah ikhwah andai dia berjalan rapat dengan akhwat tanpa sengaja

Aku kagumi dia yang mempunyai nada yang merdu apabila membaca Al-Quran

Kekaguman ini membuat aku rasa tidak layak untuk seseorang seperti dia kerana dia hanyalah seseorang yang aku kagumi dan aku sangat beruntung andai dia yang aku kagumi ini memilih aku



---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites