Assalammualaikum,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, first of all, aku nak minta maaf awal-awal kalau tips yang aku buat ini mungkin merepek tetapi inilah antara yang aku amalkan sendirian berhad.
Aku agak kegerunan apabila saudara mara berkumpul atau bukan mahram aku ada di rumah macam abang ipar aku.
1. Tudung
Pakailah tudung sarung atau tudung segi empat yang dijahit tengah. Currently aku pakai option yang kedua. Dahulu time aku sekolah asrama kitorang kena pakai tudung camtu so sampai sekarang aku masih amalkannya.
2. Handsock
Seperti biasa, pakailah handsock, yang aku nak tekankan time nak basuh pinggan. Kalau keluarga aku ada kenduri kat kampung, of course anak dara kena masuk dapur, tolong basuh pinggan, memasak dan memacam lagi tetapi masalah yang aku nak tekankan sekarang adalah ketika basuh pinggan. Biasanya kita akan singkatkan hujung lengan baju ke atas tetapi oleh sebab kita risau time tengah basuh pinggan ada bukan mahram basuh tangan dan etc. jadi alternativenya pakailah sarung tangan cuci pinggan.
Aku dapat idea nie daripada cerita Korea, walaupun tak dinafikan adakalanya ia melaghakan tetapi ia memberi aku idea dalam formula ini.
3. Stoking
As usual pakailah stoking cam biasa, tetapi yang aku nak tekankan di sini adalah ketika berada di tempat yang ada air. Kat kampung aku, tempat nak basuh pinggan memang tak akan lekang daripada ada air. Biasalah rumah kampung. Jadi, kalau aku pakai stoking dan lalu kat situ (since tak ada alternatif laluan lain), stoking aku akan basah dan "it's not nice bagi aku untuk pakai stoking yang basah" since ia melibatkan kebersihan diri aku. Jadi, apa yang aku cadangkan adalah korang pakai stoking + pakai selipar jepun/selipar tandas so bila korang lalu tempat berair tu, tak adalah stoking korang basah. Ataupun korang pakai stoking + kasut crocs yang simple2 tu.
Satu fikiran yang aku akan sematkan dalam kepala otak aku kalau aku malas nak pakai stoking,
"Stoking, kalau basah boleh basuh dan pakai yang lain, tetapi aurat, sekali terjejas, selamanya tak akan dapat dikembalikan maruahnya."
Contoh, saudara lelaki aku nampak kaki aku, jadi catatan aurat aku pada ketika itu adalah,
"Hari ini saudara lelaki kau nampak kaki kau."
kalau stoking, bila basah, basuhlah then pakai stoking lain. Allah kan bagi nikmat duit untuk beli semua itu. So? Lu fikirlah sendiri, kat Giant pun RM5 je.
4. Baju
Kalau ada t-shirt muslimah, pakailah. Koleksi t-shirt muslimah kat rumah aku agak kurang since sume aku dah bawa ke kampus jadi, apa yang aku buat adalah pakai t-shirt + sweater/cardigan yang labuh. Walaupun panas, tetapi chillah, Neraka lagi panas berganda. 70 kali ganda WoooH!
------
Cara Mengelak Bersalam Dengan Bukan Mahram
"Aku menjaga auratku. Semoga kau memahami fikrahku." seperti yang aku baca artikel, Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung Labuh yang mana apabila dia memakai pakaian yang sopan lagi menutup aurat BUKAN membungkus aurat, orang lain pun tak kacau dia. Itulah kepentingan berpakaian sopan lagi menutup aurat.
Ini adalah yang aku dapat daripada pak cik Google
Ini adalah beberapa tips saya mahu
kongsi bersama untuk mengelakkan kita
berjabat tangan dengan bukan muhrim.
1. Apabila mendekati tetamu, letakkan
tangan di belakang anda. Ini merupakan
signal pertama bahawasanya kita tidak
mahu bersalam.
2. Tetapi jika dia tetap hulur, kata
kat dia “maaf tuan/puan, saya ada air
sembahyang” (walaupun takde wudhu’,
bantai je ckp, lebih baik tipu demi
menjaga kesucian kita)
3. Selalunya dia kata “owh it’s ok”.
4. Tetapi jika dia tetap berdegil,
kata kat dia “tak nak!!” (kpd sesiapa
yang berani sahaja)
5. If not, kalau terdesak sangat,
panjangkan lengan baju sampai menutupi
tangan, dan salam lah.
Ini merupakan beberapa langkah untuk
mengelakkan berjabat tangan secara
BERHIKMAH. Tetapi kalau anda seorang
yang sangat kuat imannya, boleh juga
elak jabat+dakwah dia terus.
“Maaf tuan/puan, HARAM!”
Bergantunglah kepada keupayaan kita
ya.
*****
yang aku highlight hitam kat tips Google kat atas yang selalu aku buat + kadang-kadang aku buat-buatlah ada kerja time dorang tengah salam-salam, walaupun agak bersalah tetapi itu sahaja yang mampu =D
Maaf atas artikel yang mungkin merepek. Sekadar berkongsi
1 comments:
Salam..1 lg tips nk elak salam dgn yg bukan muhrim, buat tgn ala2 sami sembah patung, dan senyum..sblum mrka smpt hulur tgn (klu dh hulur pun ok je buat mcm tu)..insyaA mrk x jd nk slm:)
Post a Comment