Pages

19 Dec 2011

Hati Yang Rapuh Kerana Mencintai

Hatiku ini bagai retak menunggu belah
Mudah rapuh dan patah

Hatiku ini mudah bergembira
Juga mudah berduka cita

Dahulu ku rasa gembira
Kini ku rasa sengsara
Menghadapi pukulan dusta
Mengamati badai bermuka-muka

Sudahku jangka ini semua
Yang ku sayang membuatku kecundang
Yang ku bersahaja membuatku lebih sayang
Yang ku sayang sudah pergi
Yang ku bersahaja semakin akrab dengan diri ini

Aku manusia hina
Sedangkan kau manusia mulia
Calon ahli syurga
Sedangkan aku ahli neraka
Banyak berbuat dosa
Tetapi kau banyak berbuat pahala

Aku manusia hina
Diri ini pernah dicaci
Diri ini pernah dimaki
Diri ini pernah disisih
Oleh golongan sepertimu

Namun aku tabah
Dengan rasa hamba ingin bermujahadah
Mengenal jerih perih kembali ke jalan Allah
Adanya kau buatku terdorong agar lebih bersemangat waja

Namun kau juga buatku hiba
Pilu rasanya terluka
Buatku tawar hati bermujahadah bersamamu lagi

Kini ku sedar Allahlah sebaik-baik sahabat
Tika aku perlukanmu
Terlebih dahulu Dia yang datang menerpa
Ke dalam lubuk hati ini
Menyenangnya hati yang dahaga kasih sayang seorang sahabat solehah

Maafkan aku kerana pernah bersahabat denganmu
Mencemari waktu-waktu berhargamu
Dengan kerenah budak-budakku
Namun kini ku sedar
Aku perlu berundur
Kerana aku tidak perlu dalam hidupmu

Maafkan kerana aku tidak pinta
Sayangku ini untukmu
Caringku ini untukmu
Kau hadir dalam hidup

Tiap detik tiap masa - nasyid hasil ciptaan ku menjadi kebanggaanku mendapat tempat ketiga suatu ketika dahulu

Tiap detik tiap masa
Kau selalu menerpa
Apa salahku hingga kau menghindari diri ini

Aku tidak pinta
Menyayangi dirimu
Aku tidak pinta
Kau hadir dalam hidupku
Tapi akanku tabah dengan dugaan ini
Aku cekal
Aku kan sabar

Mengapa kau menyalahkan diriku
Mengapa kau berdusta padaku
Aku tidak sangka rupanya kau begini
Aku sedar siapa diri ini
Tidak perlu kau bersimpati

Yangku harapkan hanyalah
Perhatian dan kasih sayang daripada seorang teman
Jika kau rasa ku mengganggu
Izinkan aku mengundur diri
Daripada kamus hidupmu
Daripada kamus hidupmu....


Barang siapa yang mencintai sesuatu maka bersiaplah untuk disakiti olehnya, barang siapa yang mencintai sesuatu maka dia akan diperbudaknya

---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites