Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Persepsi aku pasti orang ingat aku gila. Aku rasa jarang antara kita umat Islam berborak dengan Allah. Kalau cakap sorang-sorang mesti orang ingat gila. Ruginya kita kalau kita hanya anggap Allah sebagai tuhan sedangkan Allah boleh jadi macam-macam pada kita, Dia boleh jadi sahabat, ayah, ibu, abang, kakak, adik pada kita.
Allah flexible.
“Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu. Aku sentiasa bersama-samanya.Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya,Aku pun mengingatinya dalam diriKu.Jika dia mengingatiKu dihadapan orang ramai,Aku pun akan mengingatinya dihadapan orang yang lebih ramai.Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal,Aku akan mendekatinya sehasta.Jika dia mendekatiKu sehasta,Aku akan mendekatinya sedepa.Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki,Aku akan mendatanginya degan berlari”(Hadis Qudsi riwayat Al-Bukhari)
Jadi? Korang nak anggap Allah apa? Sahabat? Ayah? Ibu? Boleh aja. Allah tak pernah merungut. Andai korang tahu nikmatnya hidup bertuhan PASTI korang ingin terus mendekati Allah. Mengenal Dia, selalu berbual dengan Dia. Nak buat apa-apa bagitau dia. Tak perlu kos pun. Dia Maha Mendengar. Kalau korang baca artikel aku 'Impak Hidup Bertuhan', korang akan nampak jelas apakah impaknya korang hidup bertuhan. Segalanya Allah.
Allah lah tempat mengadu, Allah lah solver, Allah lah sahabat. Bila aku kenang balik masa silam aku sebelum hidup bertuhan time datang bengkel Hidup BerTuhan oleh Dr. Azhar Sarip, aku dapat nilai semuanya berbeza malah aku rasa aku lebih bahagia sekarang walau kadang-kadang senget gak tetapi aku cepat-cepat back on track.
Bila aku kurang duit, aku ngadu kat Allah bagi aku duit belanja, alik-alik bulan ini aku shopping spree baju muslimah, tudung dan jubah. Memang superb! Walaupun takdelah banyak sangat unitnya tetapi alhamdulillah, bertambah koleksi.
"Terima kasih Allah"
Andai Allah menjelma sebagai seorang ayah, pasti aku nak cium peluk dia. Nak luahkan rasa kasih dan sayang aku pada-Nya. Bagi aku duit belanja melalui ayah aku yang kini.
Selepas pergi bengkel 'Menggapai Bahagia Dengan Solat' oleh pak Setiyo, aku refresh balik apa yang pernah aku belajar dengan Dr. Azhar dan Encik Fuad then upgrade berlatih mendapatkan khusyuk dalam solat juga luar solat. Aku sangat bersyukur kerana Allah mengilhamkan agar aku pergi ke program sebegini. Mendekati Allah bermula dengan berborak>sedarkan Allah>khusyuk.
Namun sekarang, aku masih dalam perlatihan solat khusyuk, solat dengan tukhmaminah. Satu-satu dan barulah aku tahu kenapa ada antara mereka yang boleh solat sampai sejam walaupun solat Subuh. Rasa nikmat, rasa khusyuk dalam solat.
Aku doakan korang juga akan memulakan pendekatan kepada-Nya melalui berbual dengannya. Apabila lupa nak cakap dengan Allah, cepat-cepat berbual balik kerana hati kita ini kotor dengan dosa yang terlampau banyak tetapi sentiasalah sematkan dalam hati,
Pengampunan Allah LEBIH BESAR daripada dosa yang pernah kita lakukan
Seperti yang aku telah nyatakan kat atas, bahawa Allah adalah seperti sangkaan kita. Jadi kalau sangka Allah itu Maha Pengampun, PASTI Dia akan ampunkan dosa kita asalkan kita benar-benar yakin dan percaya bahawa Allah ampunkan dosa kita sama ada sengaja atau tak.
wallahu alam
---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011
0 comments:
Post a Comment