Pages

19 Dec 2011

Jauhkan Aku Daripada Panahan Syaitan

Ya Allah
Aku ini insan biasa
Aku ini wanita biasa
Umurku semakin tua
Ajalku semakin hampir
Namun masih fikiranku
Kadang kala tidak munasabah/matang selari usianya


Ya Allah
Aku ini wanita berusia kecil
Aku masih belum bersedia menjadi seorang isteri
Kerana tanggungjawabku sebagai hamba-Mu, anak serta pelajar masih belum sempurna

Andai aku dilamar seorang mujahid sefikrahku
Aku risau andai dia teraniaya mendapat isteri sepertiku
Yang tidak bisa melaksanakan tanggungjawab isteri kepadanya
Jangan biarkan dia ya Allah
Aku kasihan padanya

Ya Allah
Jangan kau biarkan panahan mata syaitan menusuk pada mana-mana lelaki terhadapku
Agar mereka tidak mempunyai apa-apa perasaan istimewa padaku
Biarlah sekadar seorang sahabat ataupun stranger yang takkan pernah aku kenali

Ya Allah
Biarpun aku sering berfikir tentangnya
Biarpun aku sering berfikir tentang jodoh
Namun aku sebenarnya belum pantas mempersiap diri menjadi seorang isteri sehebat Khadijah dan Aisyah
Aku kira itu hanya permainan fikiran usia kecilku seperti waktu remajaku dulu
Namun tidakku mahu ianya berulang lagi
Biarlah aku kecewa kerana sukaku tidak sama dengan sukanya
Asal aku terus berdiam menempah tiket ke syurga
Seperti bertemunya Saidina Ali dan Fatimah

Moga jika seseorang melamarku pabila sudah sampai masanya
Ketika itu aku sudah mempersiap diri menjadi seorang isteri
Agar dirinya tidak teraniaya
Dengan sikap usia kecilku
Tetapi dirinya berbangga dan gembira
Kerana isterinya sering menyenangkannya
Dengan jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas sebagai seorang isteri


---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites