Pages

13 Mar 2012

Andai Benar Sayang Jangan Dipinta Penghargaan

Teringin pergi menenangkan fikiran di pantai. Dah lama tak beri peluang pada diri untuk bercuti
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Al kisah rini rasa down apabila rasa sayang aku pada seseorang tidak dihargai tetapi ia buat aku koreksi diri semula.

"andai kita mengharapkan penghargaan daripada manusia pasti kita akan kecewa"

Sebab tak semua yang kita harap, kita dapat betul? Melainkan kita mengharapkan pernghargaan daripada Allah pasti akan dibalas. Cuma lumrah manusia yang inginkan perhatian dan kasih sayang daripada manusia.


Tips Praktikal 
Apa yang aku lakukan, kebiasaannya aku akan memandang langit di tepi jendela. Aku memerhati alam semesta ciptaan-Nya. Lantaran itu aku mula merenung. Aku bayangkan ibu, ayah, adik beradik, sahabat sejati aku (yang akan berpisah tak lama lagi) dan mereka-mereka yang pernah buat baik kepada aku terutamanya naqibah aku, mak cik Yan yang selalu bagi hadiah kat aku.


Pengalaman sebegini pernah berlaku pada aku setahun yang lalu sejak 19 Februari 2011. Aku mula merasa ingin merapati seorang sahabat. Agak pedih, pahit dan perit sebab walau aku cuba mencuri perhatiannya tetapi respon yang hambar namun suatu hari Allah berikan aku ilham. 

"Buat yang terbaik untuk orang yang kau sayang walaupun tak dihargai kerana ia akan mengajar erti keikhlasan"

Sejak daripada itu, walau sakit hati, pedih hati, ulu hati =D pun aku tetap mahu bersahabat dengan dia. Aku tak mahu kehilangan sahabat sepertinya kerana mungkin, aku takkan dapat lagi sahabat seperti dia. Teringat kisah Rasulullah SAW yang melayan pengemis Yahudi buta.

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah ada seorang pengemis Yahudi Buta, dari hari ke hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”. 
Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi Buta itu. 
Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?”, Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah Itu?”, tanya Abubakar r.a. “Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi Buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha. 
Keesokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “siapakah kamu ?”. Abubakar r.a menjawab, “aku orang yang biasa”. “Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu. “Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”, pengemis itu melanjutkan perkataannya. 
Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW”.
Setelah mendengar cerita Abubakar r.a. pengemis itu terkejut lalu menangis sambil berkata, “benarkah demikian? selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia malah mendatangiku dengan membawakan makanan setiap pagi, ia begitu mulia…. ” isaknya. Pengemis Yahudi Buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

Kisah inilah yang memberi aku motivasi agar aku terus membuat yang terbaik untuk orang yang aku sayang walaupun tidak dihargai a.k.a balaslah kejahatan dengan kebaikan.

Hadiah Daripada Naqibahku Membuatkan Aku Terharu
Plus, aku juga mendapat inspirasi daripada apa yang naqibah aku buat kat aku. Dia selalu bagi hadiah kat aku dan sahabat usrah yang lain. Kadang-kadang dia belanja makan, dia sanggup ulang alik ambil kami pergi usrah walaupun rumah dia  kurang sejam daripada kami, bagi kami Al-Quran, Al Mathurat dan terbaru dia bagi aku telekung. Bila aku memandang ke arah telekung itu, aku rasa terharu sangat sedangkan aku tak pernah bagi dia apa-apa, doaku agar rezeki dia bertambah melimpah ruah dan sentiasa dirahmati oleh-Nya.

Housemate Yang Caring Pada Aku
Sukacita aku bercerita tentangnya. I have two caring housemates. Dorang salu masak untuk aku. Sorang tu, kalau aku puasa mesti dia tahu dan dia akan panaskan air, masak untuk aku. Sepatutnya aku masak untuk dia sebab dia adik daripada aku =D Pastu kalau time azan, nanti mesti dorang ingatkan aku,

"Insyirah makan.."

Bila aku nak makan, pergi dapur, sorang tu mesti buat-buat pergi dapur (yang aku perasanlah). 

"Makanlah, saya masak"

Kalau aku amik nasi sedikit mesti dia cakap,

"sikitnya makan"

Aku senyum je =D Pastu kalau habis aku makan, mesti dia tanya,

"Kenyang tak?"

Aku senyum dan balas,

"Kenyang. terima kasih awok!"

Bila lama-lama aku perhati, aku rasa terharu pulop dorang layan, caring kat aku macam ni. Buat aku rasa nak balas ke-caring-an mereka pada aku. Kadang-kadang aku masak simple untuk dorang tetapi di sebalik simple tu, ada tersirat aliran kasih sayang andai mereka memahami.

Kadang-kadang time dorang tidur, aku cuba memerhati. Lama. Tatkala itu hatiku terdetik,

"Aku sayang pada mereka ya Allah. Semoga sentiasa melindungi mereka dengan rahmat-Mu"


Aku juga ada lakukan aktiviti ini pada ibu ayah aku bila time balik. Pasti sebak melihat wajah mereka yang telah senja. Tersirat 1001 kisah di sebalik wajah itu.

Jadi, andai anda terasa tidak dihargai tidak mengapa, terapkan dalam diri,

"asal aku buat yang terbaik buatnya kerana ia mengajar aku erti keikhlasan"
Renung juga mereka yang pernah buat baik kepada kita, yang beri hadiah pada kita, orang itulah yang selayaknya kita berikan penghargaan dan koreksi diri pula sebanyak mana anda menghargai Allah dalam segenap hidup anda. Berapa lama Allah tunggu dihargai oleh anda =)

---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

5 comments:

Hadablogspotlive said...

terima kasih =)

Anonymous said...

Salam....
Thanks for sharing

Anonymous said...

"Buat yang terbaik untuk orang yang kau sayang walaupun tak dihargai kerana ia akan mengajar erti keikhlasan"

tq psl sedarkan sy.. :)

ron audi terarossa audi said...

pada diri buat baik pada org selalunya terbaik kita lakukan namun pada org lain pula selalunya tidak pula cukup baik. sebab itulah kebaikan itu tidak dihargai. kadang kala dgn body language kita dah tau org tidak suka kita buat baik pada mrk. dlm kes gini ingatlah pepatah melayu buat baik berpada-pada buat jahat jgn sekali.

Anonymous said...

tq..izinkan share penulisan anda nie yer!:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites